Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran Kampung Sebuan Besar terima bantuan keperluan asas
  • Utara
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran Kampung Sebuan Besar terima bantuan keperluan asas

Utusan Sarawak 1 day ago
BANTUAN… Steven Kong menyampaikan bantuan keperluan asas kepada mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak.

BINTULU: Mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak menerima bantuan keperluan asas hasil inisiatif Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bintulu dengan kerjasama Parti Demokratik Progresif (PDP) Tanjong Batu dan Persatuan Persahabatan Zhong Ho Bintulu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pegawai Khas II kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Bintulu, Steven Kong Kai Seng di Balai Raya Kampung Jepak, hari ini.

Menurut Steven, bantuan itu merupakan sumbangan peribadi daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing bagi membantu meringankan beban mangsa kebakaran yang terjejas.

“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban keluarga terjejas dan memberi sedikit kelegaan kepada mangsa sementara menunggu bantuan lanjut daripada agensi berkaitan,” katanya.

Antara barangan yang disalurkan termasuk beras, minyak masak, mi segera, makanan dalam tin, air mineral, sabun pencuci pakaian, tilam serta keperluan harian lain.

Kejadian kebakaran yang berlaku sekitar 2.30 petang semalam mengakibatkan enam rumah musnah, sekali gus menjejaskan seramai 26 penduduk yang kini kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Setakat ini, semua mangsa menumpang sementara di rumah ahli keluarga terdekat sementara menanti bantuan susulan daripada pihak berwajib.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Giat usaha jaga keselamatan, keselamatan komuniti
Next: 19 pemilik tanah dapat pampasan   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.