Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mangsa hilang di Sungai Kuala Tutoh dipercayai maut akibat serangan buaya
  • KEMALANGAN

Mangsa hilang di Sungai Kuala Tutoh dipercayai maut akibat serangan buaya

Utusan Sarawak 17 hours ago
TRAGIS… Mayat mangsa yang merupakan krew kapal, dijumpai kira-kira 9.30 pagi pada jarak sekitar satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang sejak petang Rabu lalu.

MARUDI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak tidak menolak kemungkinan seorang lelaki warga India yang ditemui meninggal dunia di Sungai Kuala Tutoh, Baram, pagi tadi maut akibat serangan buaya.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, mangsa yang merupakan krew kapal, dijumpai kira-kira 9.30 pagi pada jarak sekitar satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang sejak petang Rabu lalu.

“Pemeriksaan mendapati tangan kiri mangsa hilang dan dipercayai telah dibaham buaya ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke dermaga menggunakan bot Bomba pada jam 9.45 pagi untuk tindakan lanjut oleh pihak polis.

Siasatan awal mendapati, pada hari kejadian, mangsa dikatakan berenang dari kapal menuju ke tebing sungai sebelum cuaca bertukar ribut menyebabkan kapal beralih ke tengah sungai.

Mangsa kemudian cuba berenang semula ke kapal yang terletak sekitar 30 meter dari tebing, namun tiba-tiba hilang daripada pandangan saksi.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Dua cedera kemalangan tiga kenderaan di Jalan Pesisir Miri-Bintulu
Next: Lori muatan kereta rempuh lori balak di Jalan Sibu-Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.