Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mangsa ditikam berulang kali dengan dua senjata berbeza – Polis
  • JENAYAH

Mangsa ditikam berulang kali dengan dua senjata berbeza – Polis

Utusan Sarawak 4 days ago
KETUA Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata berdasarkan pemerhatian pada badan mangsa, tikaman berulang kali itu berkemungkinan menyebabkan mangsa maut. Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Siasatan awal mendapati pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah di sini, pagi tadi, ditikam berulang kali menggunakan dua senjata berbeza.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata berdasarkan pemerhatian pada badan mangsa, tikaman berulang kali itu berkemungkinan menyebabkan mangsa maut.

“Kita lihat memang ada banyak kesan tikaman, namun belum dapat dipastikan dengan sebenar berapa kali mangsa ditikam.

“Proses bedah siasat masih berlangsung yang akan menentukan punca sebenar kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shamsudin berkata polis masih menjalankan siasatan motif kejadian dari semua sudut, termasuk dakwaan tersebar di media sosial bahawa suspek bertindak sedemikian kerana mangsa menolak cintanya.

“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Keterangan pelajar juga masih dirakam. Apa-apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kejadian itu terdiri daripada pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang dibantu pasukan forensik dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Menurt beliau, suspek berusia 14 tahun manakala mangsa pula berusia 16 tahun, dan kedua-dua mereka belajar di kelas peralihan masing-masing di tingkatan satu dan tingkatan tiga.  

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila ahli keluarga mangsa hadir bagi urusan bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.

– ERNAMA

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bau police calls for public assistant to eliminate drugs
Next: Tiga lelaki ditahan dalam Operasi Tapis Khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.