Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa disambar, diheret Sang Bedal
  • TEMPATAN

Mangsa disambar, diheret Sang Bedal

Utusan Sarawak 5 years ago
LOKASI kejadian serangan buaya di Sungai Undai dekat Kampung Tambak, Khamis lalu.

PUSA: Mangsa disambar seterusnya diheret oleh seekor buaya hingga ke hulu sungai.

Itulah kejadian yang disaksikan di depan mata rakan mangsa iaitu Sabadron Adenan, 27, melihat rakannya sendiri Sarkawi Talip, 61, sehingga semalam masih hilang dalam kejadian serangan buaya di Sungai Undai dekat Kampung Tambak, Khamis lalu.

Sabadron yang menceritakan kembali saat ngeri tersebut yang mana kejadian itu terlalu pantas menyebabkan beliau tidak dapat membantu rakannya itu diserang sang bedal, kerana Sarkawi hilang dengan sekelip mata apabila diheret buaya ke hulu sungai.

“Semasa Sarkawi (mangsa) sedang keseorangan mengikat batang rumbia, tiba-tiba beliau disambar seekor buaya menyebabkan beliau menjerit meminta pertolongan daripada saya.

“Pada masa itu, saya yang berada di tepi tebing sungai tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian malang itu berlaku terlalu pantas sehingga saya tidak dapat menyelamatkan Sarkawi,” ujar beliau.

Kata Sabadron, dia tidak menyangka sama sekali kehadiran buaya di sungai itu, berikutan sungai berkenaan sentiasa menjadi tumpuan ramai pemancing udang.

“Sehingga hari ini (semalam) saya tidak dapat melupakan kejadian ngeri itu, dan masih terngiang-ngiang di telinga saya beliau meminta pertolongan daripada saya.

“Saya berdoa serta berharap agar jasad Sarkawi ditemui semula dalam masa terdekat ini,” jelas beliau. Dalam pada itu, mangsa yang berasal daripada Igan itu mempunyai empat

PUSA: Mangsa disambar seterusnya diheret oleh seekor buaya hingga ke hulu sungai.

Itulah kejadian yang disaksikan di depan mata rakan mangsa iaitu Sabadron Adenan, 27, melihat rakannya sendiri Sarkawi Talip, 61, sehingga semalam masih hilang dalam kejadian serangan buaya di Sungai Undai dekat Kampung Tambak, Khamis lalu.

Sabadron yang menceritakan kembali saat ngeri tersebut yang mana kejadian itu terlalu pantas menyebabkan beliau tidak dapat membantu rakannya itu diserang sang bedal, kerana Sarkawi hilang dengan sekelip mata apabila diheret buaya ke hulu sungai.

“Semasa Sarkawi (mangsa) sedang keseorangan mengikat batang rumbia, tiba-tiba beliau disambar seekor buaya menyebabkan beliau menjerit meminta pertolongan daripada saya.

“Pada masa itu, saya yang berada di tepi tebing sungai tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian malang itu berlaku terlalu pantas sehingga saya tidak dapat menyelamatkan Sarkawi,” ujar beliau.

Kata Sabadron, dia tidak menyangka sama sekali kehadiran buaya di sungai itu, berikutan sungai berkenaan sentiasa menjadi tumpuan ramai pemancing udang.

“Sehingga hari ini (semalam) saya tidak dapat melupakan kejadian ngeri itu, dan masih terngiang-ngiang di telinga saya beliau meminta pertolongan daripada saya.

“Saya berdoa serta berharap agar jasad Sarkawi ditemui semula dalam masa terdekat ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, mangsa yang berasal daripada Igan itu mempunyai empat cahaya mata dan seorang isteri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program pertama SIA kini dibuka
Next: Peruntukan Kerajaan Pusat percepat pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.