Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mangsa dikhuatiri hilang di Sungai Jaie ditemui selamat
  • KEMALANGAN

Mangsa dikhuatiri hilang di Sungai Jaie ditemui selamat

Utusan Sarawak 14 hours ago
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membawa keluar Hamizan Rahmat, 42, yang ditemui selamat dalam keadaan lemah di kawasan belukar berhampiran Sungai Jaie, Kampung Jaie, Asajaya, hari ini. Foto BBP Asajaya

ASAJAYA: Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang ketika mencari siput sedut di kawasan Sungai Jaie, Kampung Jaie di sini berjaya ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Mangsa, Hamizan bin Rahmat, 42, ditemui dalam keadaan lemah di kawasan belukar kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) pada 12.50 tengah hari, selepas operasi SAR memasuki hari kedua.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian 11.02 malam tadi, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya tiba di lokasi dengan jarak perjalanan sekitar 15 kilometer (km).

Menurut kenyataan itu, mangsa dilaporkan keluar dari rumah sekitar 11.00 pagi pada hari kejadian dengan menaiki basikal ke Pantai Jaie, Sadong Jaya untuk mencari siput sedut, namun tidak pulang sehingga petang.

Pada 5.30 petang, ibu mangsa memaklumkan perkara itu kepada adik mangsa sebelum ahli keluarga dan penduduk kampung menjalankan pencarian awal dan menemukan basikal milik mangsa di kawasan semak berhampiran pantai.

Bagaimanapun, selepas usaha pencarian selama hampir dua jam tidak membuahkan hasil, laporan polis dibuat bagi tindakan lanjut, sekali gus menggerakkan operasi SAR secara rasmi.

SAR hari kedua hari ini seramai tujuh anggota BBP Asajaya diketuai PBK I Zaidel Zailani, selaku Komander Operasi merangkap Ketua Balai BBP Asajaya, digerakkan ke lokasi.

Mangsa kemudiannya berjaya dikesan dan diselamatkan pada 12.50 tengah hari, sebelum dibawa keluar dari kawasan ditemui ke lokasi selamat untuk tindakan selanjutnya.

Operasi SAR turut melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk kampung dengan sokongan kenderaan Navara.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut, dua cedera dalam kemalangan di Limbang
Next: Kemas kini: Mangsa ditemui selamat di Sungai Jaie, meninggal dunia 3.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.