Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rugi RM150,000 di Padawan, RM120,000 di Sibu terpedaya pelaburan dalam talian
  • JENAYAH

Rugi RM150,000 di Padawan, RM120,000 di Sibu terpedaya pelaburan dalam talian

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Dua warga tempatan mengalami kerugian kira-kira RM270,000 membabitkan kes penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud di Padawan dan Sibu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, bagi kes pertama di Daerah Padawan, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 60an yang bekerja sebagai jurujual telah membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu.

“Pada pertengahan Mac 2025, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat melalui laman Facebook. Mangsa menghubungi individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘admin pelaburan’, dipercayai suspek dan berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa telah dipujuk untuk melabur dan melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek, dengan jumlah keseluruhan RM150,000. Penipuan itu hanya disedari apabila mangsa cuba mengeluarkan ‘komisen’ yang dijanjikan, tetapi tidak berjaya,” kata kenyataan, malam tadi.

Sementara itu, kes kedua di Daerah Sibu, mangsa merupakan seorang buruh kasar berusia lewat 40an.

“Mangsa tertarik dengan pelaburan syarikat Silvercape Capital Sdn Bhd yang dilihat melalui laman sesawang. Mangsa menghubungi seorang individu yang menyamar sebagai ejen dan dimaklumkan kononnya pelaburannya telah memperoleh keuntungan besar. Namun, bagi mengeluarkan keuntungan tersebut, mangsa diminta membuat bayaran tambahan.

“Mangsa juga dihubungi oleh satu lagi individu yang menyamar sebagai wakil ‘badan kerajaan’ kononnya bernama Global Anti Scam, dan diminta membuat pemindahan wang kononnya sebagai langkah pemulangan dana. Kemudian, mangsa melakukan transaksi berperingkat dengan jumlah kerugian dianggarkan RM120,000,” ujarnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan pulangan pelaburang tinggi dalam tempoh masa singkat serta sentiasa menyemak latar belakang syarikat pelaburan atau nombor akaun mencurigakan melalui portal Semak Mule: http://semakmule.rmp.gov.my, Investment Checker SC: https://www.sc.com.my/investment-checker, BNM Telelink: 1-300-88-5465, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: (603) 6204 8999 dan National Scam Response Center (NSRC): Talian 997.

PDRM turut menyarankan agar orang awam memuat turun aplikasi Whoscall dan mengikuti saluran rasmi media sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK PDRM) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai modus operandi penipuan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penyanyi rap antara tiga warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Laos
Next: PDRM siasat kemungkinan tiga rakyat Malaysia termasuk penyanyi rap jadi keldai dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.