Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mangsa bot karam di Sungai Krian ditemui meninggal dunia
  • KEMALANGAN

Mangsa bot karam di Sungai Krian ditemui meninggal dunia

Utusan Sarawak 3 hours ago

MANGSA pertama daripada empat mangsa yang dilaporkan hilang telah ditemui meninggal dunia pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SARATOK: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden bot karam di Sungai Krian hari ini menemukan perkembangan baharu apabila seorang daripada empat mangsa yang dilaporkan hilang telah ditemui meninggal dunia.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Asfar Sulaiman, 25 tahun, berasal dari Kampung Hilir Pusa yang juga pemandu bot, ditemui kira-kira 9.37 pagi tadi di bawah jambatan yang sedang dalam pembinaan, lebih kurang 300 kaki dari Pangkalan Feri Kaba.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi pencarian hari pertama bermula seawal 7.40 pagi dengan penugasan tujuh anggota serta kekuatan sebuah jentera pacuan empat roda dan sebuah bot penyelamat. 

Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) turut dibuka di Tebingan Feri Kaba dengan liputan pencarian sejauh tiga kilometer dari Jeti Pusa ke hulu dan hilir Sungai Krian.

Dalam insiden pada 5.30 petang Jumaat, sampan membawa 10 pekerja ZCCC Construction (M) Sdn. Bhd. karam di tengah sungai ketika mereka menyeberang dari Jeti Sesang ke Jeti Pusa selepas selesai bekerja. 

Enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebuah tongkang berdekatan dan diselamatkan oleh bot lain.

Tiga lagi mangsa warga Indonesia yang masih belum ditemui ialah Gunawan Pawadi, 35 tahun, Budianto Yapani, 50 tahun dan Karyono, 41 tahun.

Mangsa selamat pula dikenal pasti sebagai Sandi Putra (26), Amirul (20), Tadin (50), Diki Sanjaya (22), Dwi Moko (39), dan Krisna (37).

Pasukan penyelamat memaklumkan operasi SAR akan diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi serta penduduk kampung bagi menjejaki baki tiga mangsa yang masih hilang.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Empat hilang, enam selamat kejadian bot karam di Sungai Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.