Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa banjir di Trusan terima bantuan bakul makanan
  • WILAYAH

Mangsa banjir di Trusan terima bantuan bakul makanan

Utusan Sarawak 7 hours ago
HULUR SUMBANGAN… APM Lawas bersama JKM Lawas mengagihkan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir di Trusan. Foto APM Lawas

LAWAS: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lawas menjalankan kerjasama strategik bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam penghantaran bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir di beberapa kampung di Daerah Kecil Trusan, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas,  Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata pengagihan bantuan ini dilakukan susulan kejadian banjir yang melanda kawasan berkenaan dari 1 hingga 4 Januari lepas, yang telah menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

HULUR SUMBANGAN… APM Lawas bersama JKM Lawas mengagihkan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir di Trusan. Foto APM Lawas

“Bantuan bakul makanan disalurkan bagi meringankan beban mangsa serta memastikan keperluan asas mereka terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Usaha pengagihan ini turut melibatkan penyertaan dan sokongan pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lawas, sekali gus mencerminkan komitmen bersepadu agensi kerajaan dalam pengurusan dan penyampaian bantuan bencana secara cekap, tersusun dan berkesan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan Saratok Town Square dijangka pacu pembangunan ekonomi dan sosial
Next: Polis siasat kes tular dakwaan pengabaian, penganiayaan wanita di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.