Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa banjir di Sarawak, Perak terus menurun petang ini
  • TEMPATAN

Mangsa banjir di Sarawak, Perak terus menurun petang ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
FOTO: Bernama

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Perak terus menurun selepas keadaan pulih di beberapa kawasan setakat petang ini.

Di SARAWAK, jumlah mangsa menurun kepada 152 pada 4.00 petang tadi selepas 54 mangsa daripada 14 keluarga di Kampung Kemunting dan Rumah Panjang Roslind dibenarkan pulang susulan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu pada 1.00 petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan PPS Dewan Bulan Sabit Merah Miri menempatkan 37 mangsa termasuk empat mangsa tanah runtuh dari Kampung Lusut Jaya Taman Tungku, Sekolah Kebangsaan (SK) Suai Niah (102) dan SK Kampung Angus (13).

Di PERAK, jumlah mangsa berkurangan kepada 111 daripada 32 keluarga petang ini, berbanding 141 mangsa daripada 42 keluarga pagi tadi, membabitkan dua PPS di dua daerah.

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan daerah Hilir Perak mencatatkan 102 mangsa daripada 30 keluarga manakala daerah Manjung merekodkan sembilan mangsa daripada dua keluarga.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air di Sungai Slim (Slim River) berada pada tahap berjaga-jaga iaitu 25.06 meter berbanding paras normal 23.50 meter.- Bernama

Continue Reading

Previous: Belia Sarawak diiktiraf penyumbang, pelaksana dan pewaris dasar kerajaan
Next: Sekolah rendah Cina di Sarawak dilengkapi kemudahan pintar, murid Tahun Enam jadi fokus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.