Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
  • NASIONAL

Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO APM Sarawak

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak mencatatkan peningkatan manakala di Sabah tidak berubah setakat pagi ini.

Di SARAWAK, jumlah mangsa meningkat kepada 3,111 orang daripada 962 keluarga berbanding 2,802 orang daripada 864 keluarga pada petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 25 PPS masih aktif setakat ini melibatkan kawasan Serian, Siburan, Sibu, Selangau, Bintulu dan Sebauh.

“Antara PPS yang menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh, Serian dengan 431 mangsa daripada 125 keluarga diikuti Dewan Masyarakat Serian (325 mangsa daripada 94 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (306 mangsa daripada 114 keluarga),” menurut kenyataan itu.

Di SABAH, jumlah mangsa kekal 366 orang daripada 138 keluarga, sama seperti yang direkodkan petang semalam.

Kenyataan Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan bahawa kesemua mangsa di daerah Beaufort ditempatkan di dua PPS yang masih beroperasi.

Menurut kenyataan itu, Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 328 orang daripada 123 keluarga manakala PPS Dewan Sri Dayang Shahbandar, Padas Damit menempatkan 38 mangsa daripada 15 keluarga.- Bernama

Continue Reading

Previous: Banjir di Borneo: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.