Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus meningkat, Johor semakin pulih
  • SEMASA

Mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus meningkat, Johor semakin pulih

Utusan Sarawak 2 days ago
BANJIR… Fenomena air pasang besar menyebabkan banjir besar di Subis, Miri.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus mencatatkan peningkatan manakala keadaan di Johor menunjukkan pemulihan dengan keseluruhan 859 orang setakat 4.00 petang ini.

Di Sabah, jumlah mangsa dilaporkan meningkat kepada 619 orang daripada 220 keluarga, berbanding 510 orang daripada 164 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan peningkatan itu berikutan pertambahan jumlah mangsa di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Beaufort, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Di Sarawak, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri meningkat kepada 213 orang daripada 73 keluarga, berbanding 166 orang daripada 53 keluarga pagi tadi.

Menurut JPBN Sarawak, mangsa yang dipindahkan ke PPS berkenaan melibatkan penduduk dari Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai, Kampung Pintasan, Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Majelin dan Kampung Kelapa di Bekenu.

Sementara itu, di Johor, keadaan banjir semakin pulih apabila jumlah mangsa terjejas di daerah Segamat menurun kepada 27 orang daripada sembilan keluarga, berbanding 50 orang daripada 15 keluarga pagi tadi.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata hanya satu PPS masih beroperasi, iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak manakala PPS Dewan Serbaguna Kampung Tandong ditutup pada 2.00 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amanat 2026 PM tanda komitmen reformasi institusi negara – Ahli Parlimen Miri
Next: Lelaki Kuching hilang di China sejak Disember, keluarga mohon bantuan SUPP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.