Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih
  • NASIONAL

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBANYAK 607 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan di Sabah, Sarawak dan Johor, dengan Sabah mencatat pertambahan mangsa petang ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 607 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan di tiga negeri dengan Sabah merekodkan pertambahan petang ini.

Di SABAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) memaklumakan jumlah mangsa di Kota Kinabalu dan Beaufort meningkat kepada 510 mangsa daripada 164 keluarga berbanding 495 mangsa daripada 159 keluarga pagi tadi berikutan hujan sejak Jumaat.

“Di Beaufort, seramai 328 mangsa daripada 118 keluarga dari lapan kampung ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon yang telah beroperasi sejak petang Jumaat.

“Bagi Kota Kinabalu pula, 182 mangsa daripada 46 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau,” menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa dan agensi penyelamat sedang memantau rapi paras air serta keadaan semasa di lokasi terlibat selain membantu memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat.

Di SARAWAK, JPBN memaklumkan hanya satu PPS beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri yang menempatkan 47 mangsa daripada 18 keluarga setakat 4.00 petang ini.

Sementara itu, banjir di Kuching dan Lawas pulih sepenuhnya dan kesemua lapan PPS ditutup secara berperingkat bermula 12.30 tengah hari tadi.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 50 mangsa daripada 15 keluarga petang ini berbanding 85 mangsa daripada 25 keluarga pagi tadi.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata dua PPS masih beroperasi di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 36 mangsa daripada 11 keluarga manakala 14 mangsa daripada empat keluarga berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Tandong.

Tiga sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dengan bacaan 8.60 meter (m); Jeti Sungai Tekam, Segamat (3.85m) dan Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian (2.93m).- Bernama

Continue Reading

Previous: MCMC siasat kemudaratan dalam talian di platform X, wakil platform akan dipanggil
Next: PM Anwar dijangka buat beberapa pengumuman penting esok – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.