Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa banjir di Miri belum terima Bantuan Wang Ihsan
  • Utara
  • WILAYAH

Mangsa banjir di Miri belum terima Bantuan Wang Ihsan

Utusan Sarawak 3 days ago
AHLI Parlimen Miri Chiew Choon.

MIRI: Banyak aduan dan keluhan telah diterima berhubung kelewatan penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir di Parlimen Miri, sama ada yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mahupun yang berada di luar PPS. Sehingga kini, ramai yang masih belum menerima bantuan berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, berkata banjir besar yang melanda Sarawak pada awal tahun ini merupakan antara yang paling buruk dalam sejarah negeri dan memberi kesan besar kepada penduduk di kawasan beliau.

“Ribuan penduduk di Miri terjejas teruk, mengalami kerosakan harta benda dan kehilangan sumber pendapatan. Namun sehingga kini, ramai yang masih menunggu bantuan BWI yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menggesa pihak berkaitan agar segera menyegerakan proses penyaluran bantuan kepada semua mangsa yang layak bagi meringankan beban yang ditanggung pasca bencana.

“Bagi memastikan kebajikan mangsa terpelihara, saya telah membawa Usul Tergempar di Dewan Rakyat bersama beberapa Ahli Parlimen Sarawak, mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada kerajaan.

“Dalam sidang tersebut, kami telah mendapat pengesahan bahawa semua mangsa banjir, sama ada yang ditempatkan di PPS mahupun yang berlindung di luar PPS adalah layak menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 setiap keluarga.

“Difahamkan, peruntukan khas telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sarawak pada Mac 2025 bagi tujuan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, pejabat beliau telah menerima banyak aduan dan keluhan bahawa sehingga kini ramai mangsa di Parlimen Miri baik dari PPS mahupun di luar PPS belum menerima bantuan tersebut.

“Mereka amat memerlukan sokongan kewangan segera untuk memulihkan kediaman dan keperluan asas.

“Saya memohon jasa baik pihak wakil rakyat untuk menyemak status penyaluran bantuan ini serta mempertimbangkan langkah-langkah mempercepatkannya,” tegasnya lagi.

Susulan itu, bagi memantapkan mekanisme penyampaian bantuan, (pertimbang cadangan ini) iaitu melaksanakan pembayaran berfasa seperti kaedah kerajaan Johor yang menyalur bantuan dalam beberapa fasa (Mac, April, Mei) kepada mangsa banjir yang berlaku pada awal Mac yang lalu.

“Langkah ini membolehkan keluarga yang telah disahkan kelayakannya disalurkan bantuan segera tanpa menunggu keseluruhan proses pengesahan selesai.

“Menyediakan mekanisme rayuan yang jelas dan menetapkan kaedah rayuan kepada mangsa yang belum menerima bantuan atau maklum balas, bagi mengelakkan sebarang keciciran,” tambahnya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM160,000 diperuntuk bantu penurapan tempat letak kereta di Persatuan Foochow Miri
Next: 25 projek dicadang bagi 2026, peruntukan RM5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.