Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Manfaatkan taman awam demi kesihatan dan kelestarian
  • TEMPATAN

Manfaatkan taman awam demi kesihatan dan kelestarian

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENYAMPAIAN… Dato Wee Hong Seng menyerahkan surat kontrak pembinaan kepada pemaju pada majlis penyerahan tapak di Lorong F, BDC di Kuching, hari ini. 

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menegaskan bahawa taman awam dan ruang terbuka memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan komuniti, menggalakkan gaya hidup sihat dan memelihara kelestarian alam sekitar.

“Taman ini telah sekian lama menjadi ruang penting buat komuniti BDC dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia berkembang mengikut keperluan semasa, khususnya anak-anak dan warga emas.

“Taman yang selamat, hijau dan inklusif melambangkan jiwa sebuah bandar terhadap rakyatnya,” katanya pada majlis penyerahan tapak bagi kerja-kerja menaik taraf kepada kontraktor di Lorong F, BDC di sini, hari ini.

DATO Wee Hong Seng  bersama tetamu yang lain ketika menyaksikan kerja-kerja menaik taraf Ruang Terbuka di Lorong F, BDC. 

Katanya, inisiatif tersebut selaras dengan komitmen pihak berkuasa tempatan untuk mempromosikan ruang bandar yang lebih inklusif serta mesra kanak-kanak dan warga emas.

“Kerja naik taraf landskap yang dibiayai oleh Jabatan Landskap Negara ini telah dimulakan pada 9 Jun 2025 dan dijadualkan siap dalam tempoh 16 minggu, iaitu pada 29 September 2025.

“Projek ini mencerminkan usaha proaktif MBKS sejajar dengan aspirasi di bawah Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) serta misi untuk menjadi Bandar Mesra Warga Emas, dengan tumpuan terhadap kesejahteraan golongan muda dan tua,” katanya.

Katanya, antara komponen utama kerja naik taraf ialah pembinaan pavilion pintu masuk dan papan tanda baharu, laluan pejalan kaki yang dinaik taraf, pemasangan set permainan moden untuk kanak-kanak, peralatan senaman luar untuk warga emas serta penanaman pokok dan pokok renek baharu bagi memperindah kehijauan dan suasana taman.

Katanya, peningkatan ini bertujuan menjadikan taman tersebut lebih mesra pengguna, selamat dan mudah diakses oleh semua golongan, terutamanya kanak-kanak dan warga emas.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dua penilai bakal kunjungi Sarawak Delta Geopark bagi pengiktirafan UNESCO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.