Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Manfaatkan SKAS 2026, saluran bantuan lebih bersasar melalui SPay Global
  • Tengah
  • WILAYAH

Manfaatkan SKAS 2026, saluran bantuan lebih bersasar melalui SPay Global

Utusan Sarawak 5 hours ago
MANFAATKAN SEBAIKNYA..Chieng merasmikan SKAS 2026 peringkat DUN Bukit Assek di Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek, hari ini.

SIBU: Para penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 dinasihatkan agar memanfaatkan bantuan tersebut dengan sebaiknya selaras dengan matlamat asal pelaksanaannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, berdasarkan rekod, lebih 90 peratus penerima SKAS tahun ini telah mendaftar dengan SPay Global dan angka itu terus meningkat setiap hari.

“Penggunaan SPay Global secara menyeluruh juga membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan lain dengan lebih bersasar dan berkesan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan SKAS 2026 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek di Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek, hari ini.

Chieng berkata, SKAS merupakan inisiatif kerajaan Sarawak yang diperkenalkan sejak tahun lalu sebagai langkah intervensi langsung bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

“Tahun ini amat bermakna kerana SKAS memasuki tahun kedua pelaksanaannya, sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah bersetuju menambah kadar bantuan bagi tahun ini, dengan kategori isi rumah meningkat daripada RM800 kepada RM950, warga emas daripada RM400 kepada RM500, manakala kategori bujang daripada RM250 kepada RM300.

“Bantuan tersebut akan disalurkan dalam tiga peringkat iaitu pada 10 Mac, Mei dan November,” katanya lagi.

Turut hadir Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek, Dato Chieng Buong Toon.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Saberkas prihatin santuni pasukan barisan hadapan,400 bubur lambuk diagihkan di Hospital Miri
Next: Jamit santuni keluarga mangsa kebakaran di Kampung Baru, Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.