Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Manfaat platform digital tarik lebih ramai pelanggan
  • SEMASA

Manfaat platform digital tarik lebih ramai pelanggan

Utusan Sarawak 5 months ago
KENANGAN… Datuk Abdullah Saidol merakam gambar kenangan bersama yang lain pada majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2024-2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

PETRA JAYA: Peniaga perlu memanfaatkan platform digital untuk menarik lebih ramai pelanggan serta mengembangkan perniagaan ke pasaran global.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, pembangunan digital telah mengubah landskap perniagaan, dengan pelanggan kini lebih cenderung kepada membeli-belah dalam talian berbanding secara fizikal.

“Satu perkara yang ingin saya kongsikan ialah cabaran mengenai platform digital, bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di seluruh dunia.

“Dengan perkembangan Kecerdasan Buatan (AI), segala aspek perniagaan yang kita lakukan akan didigitalkan.

“Pembangunan AI pasti akan mempengaruhi cara anda menarik pengguna atau pelanggan serta menjalankan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2024-2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Katanya, perkara ini tidak memudaratkan peniaga, malah membuka peluang baharu untuk memperluaskan capaian perniagaan ke peringkat global.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan Anugerah Pilihan Pengguna 2024-2025 kepada 50 penerima. 

Turut hadir, Yang di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sarawak Wynson Ong Teck Ping dan Timbalan Presiden Kebangsaan Dasar dan Strategik Antarabangsa MTPN, Masrudi Abdul Rahman. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kelulusan RUU Ordinan Buruh Sarawak lindungi standard hak pekerja
Next: Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Labuan hingga Ahad ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.