Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mandur rugi hampir RM250,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
  • JENAYAH

Mandur rugi hampir RM250,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Utusan Sarawak 4 months ago

SIBU: Seorang mandur sebuah syarikat tempatan kerugian hampir RM250,000 selepas terperdaya dengan penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kejadian melibatkan lelaki berusia lingkungan 50-an itu bermula selepas dia berkenalan dengan seorang wanita melalui laman Facebook pada 6 Nov lepas. 

Suspek yang berhubung dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp telah mengajak mangsa menyertai satu skim pelaburan melalui satu pautan yang didakwa memberi keuntungan lumayan.

“Selepas memberi penerangan, suspek mengarahkan mangsa membuat pembayaran pelaburan secara berperingkat bagi mendapatkan keuntungan yang dijanjikan. Mangsa telah membuat 27 kali pembayaran berjumlah RM245,600 ke empat akaun bank tempatan seperti diarahkan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata selepas melakukan pembayaran, mangsa membuat semakan menerusi pautan disediakan dan mendapati jumlah keuntungan terkumpul miliknya adalah sebanyak RM3,620,248.20.

Mangsa dimaklumkan perlu membuat bayaran sejumlah 30 peratus daripada keuntungan ke dalam akaun bank yang lain sekiranya dia mahu mengeluarkan wang pelaburan itu.

“Mangsa yang berasa curiga terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Insiden tembakan berlaku di Sibu
Next: Jangan sebar video palsu yang faktnya tidak sahih – polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.