Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Manchester United ‘mahu saya pergi’, dakwa Fernandes
  • SUKAN

Manchester United ‘mahu saya pergi’, dakwa Fernandes

Utusan Sarawak 16 hours ago
Pemain tengah Portugal Manchester United, Bruno Fernandes (#08) meraikan jaringan gol ketiga pasukan untuk menyamakan kedudukan 3-3 ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Old Trafford, Manchester, England barat laut, semalam. Foto AFP

LISBON, Portugal: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, mendedahkan kepada media Portugal bahawa kelab Liga Perdana itu mahu melepaskannya pada musim panas lalu selepas menerima minat daripada kelab di Arab Saudi.

Namun, pemain berusia 31 tahun itu berkata pengurus Ruben Amorim masih menaruh harapan terhadapnya, sekali gus meyakinkannya untuk kekal di Old Trafford.

Ketua jurulatih Manchester United dari Portugal, Ruben Amorim, memberi arahan dari tepi padang ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Bournemouth di Old Trafford, Manchester, England barat laut, semalam. Foto AFP

“Semangat dan empati saya terhadap kelab tetap sama, tetapi sampai satu tahap wang menjadi lebih penting bagi mereka daripada anda,” kata Fernandes kepada saluran Canal 11 milik Persekutuan Bola Sepak Portugal, semalam.

“Kelab mahu saya pergi. Saya beritahu pengarah dan saya fikir mereka tidak berani membuat keputusan itu kerana jurulatih mahukan saya. Tetapi jika saya kata mahu pergi, walaupun jurulatih mahu saya kekal, kelab pasti akan lepaskan saya.”

Fernandes, yang telah menjaringkan 103 gol dalam 307 penampilan untuk United sejak tiba pada 2020, turut mengakui kecewa dengan sikap pengurusan kelab yang seolah-olah bersedia berpisah dengannya.

“Perasaan yang saya dapat daripada kelab ialah, ‘jika kamu pergi, ia tidak terlalu buruk bagi kami’. Itu sedikit melukakan hati saya,” katanya seperti dipetik akhbar sukan Portugal, A Bola.

Beliau turut mengakui pernah mempertimbangkan untuk berhijrah ke Arab Saudi, mengikuti jejak rakan senegara Cristiano Ronaldo yang berpindah ke sana pada 2023 selepas perpisahan penuh kontroversi dengan United. -AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Rafiq–Syazirol raih emas boling acara berpasangan
Next: Sukan SEA: Dua tahun sertai silat, Ummi Mashitah cipta kejayaan luar biasa rangkul emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.