Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Manchester City raih kejuaraan Piala FA, jaringan Semenyo tumbangkan Chelsea
  • SUKAN

Manchester City raih kejuaraan Piala FA, jaringan Semenyo tumbangkan Chelsea

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMAIN dan staf Manchester City meraikan kejayaan bersama trofi di atas padang selepas perlawanan akhir Piala FA Inggeris antara Chelsea dan Manchester City di Stadium Wembley, London pada Sabtu. Manchester City memenangi perlawanan 1-0. Kejayaan ketiga Piala FA di bawah kendalian Pep Guardiola itu menamatkan dua kekalahan berturut-turut City dalam perlawanan akhir sebelum ini. Foto AFP

LONDON: Manchester City terus  mengekalkan harapan memburu treble domestik selepas jaringan sensasi Antoine Semenyo pada separuh masa kedua mematahkan kebangkitan Chelsea untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 kepada Manchester City dalam aksi final Piala FA di Wembley pada Sabtu, lapor PA Media/dpa.

Ia memerlukan detik improvisasi yang menakjubkan untuk memecahkan benteng Chelsea yang tampil dengan corak bertahan secara berdisiplin dan keazaman tinggi, namun akhirnya tewas 18 minit sebelum tamat perlawanan menerusi jaringan yang boleh dianggap terbaik dalam karier Semenyo setakat ini.

Dalam aksi penuh kecemerlangan yang menggabungkan kepantasan berfikir dan sentuhan kemas, Semenyo membiarkan bola melepasi di antara kedua-dua kakinya sebelum menyudahkan peluang itu menerusi sentuhan kaki kanan untuk menewaskan Robert Sanchez.

PEMAIN pertahanan Manchester City John Stones (kiri) dan pemain tengah Manchester City Bernardo Silva (kanan mengangkat trofi ketika pemain City meraikan kemenangan selepas perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea dan Manchester City di Stadium Wembley, London pada Sabtu. Foto AFP

Chelsea berpeluang menghadiahkan detik bermakna buat pengurus interim Calum McFarlane sepanjang tempoh singkat beliau membimbing pasukan, terutama apabila tandukan Enzo Fernandez hanya sedikit tersasar.

Tumpuan Manchester City kini beralih kepada perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kunjungan ke Bournemouth pada Selasa. Jika ini musim terakhir Pep Guardiola membimbing pasukan, beliau sekurang-kurangnya akan mengakhiri kariernya di Manchester City dengan dua trofi selepas memenangi Piala Liga di Wembley pada Mac lepas.- Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Skuad regu negara mudah libas Jepun pada aksi pertama kumpulan A
Next: City masih simpan impian kejar EPL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.