Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mancha tamatkan khidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak, bersara 29 September ini
  • SEMASA

Mancha tamatkan khidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak, bersara 29 September ini

Utusan Sarawak 1 week ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Menurut Mancha, pertemuan tersebut merupakan kunjungan rasmi terakhir beliau sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak sebelum bersara wajib pada 29 September ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak dan seluruh barisan kepimpinan negeri atas sokongan, kepercayaan serta kerjasama sepanjang perkhidmatan saya.

“Sebagai anak jati Sarawak, saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berbakti di tanah air sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kunjungan tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa majlis serah tugas kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu akan diadakan pada 26 September ini.

Dato’ Mancha yakin penggantinya, Datuk Mohamad Zainal Abdullah yang berusia 47 tahun, mampu meneruskan kesinambungan usaha menjaga ketenteraman awam serta kesejahteraan rakyat di negeri ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching hari ini. Foto UKAS

“Saya percaya pengganti saya boleh meneruskan perjuangan ini dengan lebih baik,” tambahnya.

Mengulas mengenai keadaan keselamatan di Sarawak sepanjang perkhidmatannya, Mancha menegaskan negeri ini kekal dalam keadaan terkawal.

“Saya beri jaminan, bukan sahaja kadar jenayah malah keselamatan juga terkawal sepanjang tempoh saya mengetuai Polis Sarawak,” ujarnya.

Mancha yang berasal dari Asajaya, Samarahan merupakan anak Dayak pertama dilantik menyandang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Beliau mula mengetuai Polis Sarawak pada November 2023 selepas menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dari 2021 hingga 2023.

Sepanjang perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau pernah berkhidmat di Perak dan Sabah sebelum kembali ke tanah air.

Mancha pernah berkhidmat hampir tiga dekad di Perak, kemudian di Sabah sebagai Timbalan Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA), sebelum kembali ke Sarawak untuk memegang beberapa jawatan penting termasuk Komander Briged PGA dan seterusnya Pesuruhjaya Polis Sarawak.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ketegangan Thailand-Kemboja: Malaysia adakan perbincangan lanjut – PM
Next: Pesta Benak lonjak ekonomi angkat Sri Aman ke persada dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.