Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Man United hilang arah, kata Amorim setelah tersingkir Piala Liga
  • SUKAN
  • TEMPATAN

Man United hilang arah, kata Amorim setelah tersingkir Piala Liga

Utusan Sarawak 8 hours ago
AMORIM memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang Grimsby di Blundell Park.

LONDON: Manchester United kendalian Ruben Amorim berdepan satu lagi tamparan hebat apabila tersingkir daripada Piala Liga di tangan pasukan divisyen empat, Grimsby Town, selepas tewas 12-11 dalam penentuan penalti mendebarkan susulan seri 2-2 dalam permainan sebenar.

Amorim mengakui anak buahnya ‘hilang arah’ selepas Grimsby mendahului 2-0 hasil jaringan Charles Vernam dan Tyrell Warren pada separuh masa pertama.

Gol pertama Bryan Mbeumo bersama United membangkitkan sisa semangat kebangkitan, sebelum tandukan Harry Maguire pada minit ke-89 memaksa perlawanan berlanjutan ke penentuan penalti.

Namun kegagalan Matheus Cunha menyempurnakan penalti untuk menamatkan perlawanan, diikuti sepakan Mbeumo yang terkena palang, memastikan Grimsby mencipta salah satu keputusan paling bersejarah dalam sejarah kelab.

“Saya fikir pasukan terbaik menang, satu-satunya pasukan yang benar-benar berada di atas padang. Cara kami memulakan perlawanan tanpa intensiti… kami hilang arah sepenuhnya dan itulah sebabnya pemain Grimsby bermain dengan begitu bersungguh-sungguh,” kata Amorim dengan nada kecewa.

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim berdepan satu lagi tamparan hebat apabila tersingkir daripada Piala Liga.

Kekalahan ini hadir ketika Amorim sudah pun berada dalam tekanan selepas permulaan hambar di Liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kemenangan.

Musim lalu, United menamatkan saingan di tangga ke-15 — pencapaian paling buruk sejak penyingkiran pada tahun 1974.

Amorim membuat lapan pertukaran daripada kesebelasan yang seri 1-1 menentang Fulham hujung minggu lalu, namun tetap menurunkan skuad bernilai ratusan juta pound.

Benjamin Sesko membuat penampilan sulung selepas perpindahan 74 juta pound (RM430 juta) dari RB Leipzig, manakala Andre Onana kembali beraksi pada malam penuh mimpi ngeri.

Stadium Blundell Park yang hanya berkapasiti 9,000 bergema apabila Vernam meledak gol pertama pada minit ke-22, sebelum Warren menambah derita United hasil kesilapan Onana yang gagal menepis bola sepakan sudut.

Onana kini berisiko kehilangan tempatnya susulan desas-desus perpindahan penjaga gol Belgium, Senne Lammens, menjelang penutupan jendela perpindahan. – AFP

Continue Reading

Previous: Pantun warisan hiasi bumbung perahu tambang di Tebingan Kuching
Next: MPP councillor defends council, accuses DAP of playing politics

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.