FRED (kiri) dari Manchester United diasak oleh pemain tengah Leeds United, Adam Forshaw semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Elland Road di Leeds, utara England. • Foto AFP
RALF Rangnick kebangkitan Manchester United daripada melepaskan satu lagi kelebihan dalam separuh masa pertama untuk menewaskan Leeds 4-2 adalah ‘tindak balas terbaik’ yang boleh diberikan oleh pasukannya terhadap laporan mengenai pergolakan dalam bilik persalinan pasukan.
Cerita bahawa Cristiano Ronaldo bakal menggantikan Harry Maguire sebagai kapten United untuk baki musim ini telah diketepikan sebagai ‘karut’ oleh Rangnick minggu ini.
Maguire membalas dengan membuka jaringan pada minit ke-34 sebelum Bruno Fernandes menambah gol kedua sejurus sebelum rehat.
Melepaskan kelebihan telah menjadi ciri utama buat pengurus sementara Rangnick dan United sekali lagi dihukum di atas permulaan perlahan dalam babak kedua apabila Rodrigo dan pemain gantian Raphinha menyamakan kedudukan buat Leeds.
Kali ini, United bangkit untuk mencari kemenangan apabila Fred sekali lagi meletakkan United dihadapan dengan perlawanan berbaki 20 minit sebelum Anthony Elanga mengesahkan mata lewat.
“Hari ini penting bukan sahaja kami memenangi perlawanan tetapi cara kami bertindak balas. Itu adalah respons terbaik yang boleh diberikan oleh pasukan,” kata Rangnick.
“Perlawanan seperti ini hari ini anda hanya boleh menang sebagai satu pasukan.”
Maguire yang memecah kebuntuan rentak United gagal menjaringkan gol daripada sepakan sudut selama lebih setahun dengan tandukan kuat hasil sepakan sudut Luke Shaw.
“Saya malu dengan statistik itu,” kata Maguire. “Saya merupakan sebahagian besar daripada rutin permainan itu tetapi sebagai satu pasukan kami tidak berada di tempat yang cukup baik. Jika kami menjaringkan lebih banyak gol daripada sepakan percuma, kami akan berada di tangga teratas.”
Bos Leeds, Marcelo Bielsa menyifatkan mengekalkan kelabnya dalam liga utama sebagai ‘satu kewajipan’ minggu ini tetapi mengambil keputusan berani untuk meletakkan penjaring terbanyak Raphinha di bangku pemain simpanan selepas mengeluarkan pemain dari Brazil itu pada separuh masa dalam kekalahan 3-0 minggu lalu di Everton .
Dalam perlawanan lewat semalam, Wolves meneruskan usaha mereka untuk mencapai kedudukan empat teratas dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester yang semakin merosot di Molineux.
Pasukan Bruno Lage, yang berada di tangga ketujuh, mencatatkan enam kemenangan daripada lapan perlawanan liga terakhir mereka, meninggalkan mereka enam mata di belakang United dengan dua perlawanan dalam tangan. – AFP