Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki acu pistol mainan direman tiga hari
  • JENAYAH

Lelaki acu pistol mainan direman tiga hari

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUSPEK dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

KUCHING: Polis telah memperoleh perintah reman selama tiga hari terhadap seorang suspek berusia 22 tahun sehingga 23 Jun 2025 kerana mengacukan pistol mainan dari dalam keretanya pada petang Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, kes juga disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya.

Beliau berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan itu juga mempunyai dua rekod jenayah lampau dan didapati positif dadah hasil saringan awal air kencing.

Suspek telah ditahan susulan satu video tular berdurasi sembilan saat yang menunjukkan dia mengacukan objek menyerupai pistol di simpang Jalan Keretapi, di sini.

Alexson mengesahkan penahanan tersebut dan berkata bahawa siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan. Pemeriksaan lanjut turut mengesahkan bahawa objek yang digunakan dalam kejadian itu adalah pistol palsu.

Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, ASP Tan Kian Kok di talian 010-5661576 atau mengunjungi balai polis yang berhampiran.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pelajar universiti rugi RM100,400, terjerat hutang akibat skim pelaburan palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.