Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Mampu bawa perubahan positif
  • BISNES

Mampu bawa perubahan positif

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAU… Datuk Dr. Abdul Rahman diiring kenamaan tempatan meninjau kawasan Kampung Patiambun yang banyak dengan hasil ketam.

LIMBANG: Penternakan ketam melalui sistem tagang yang dicadangkan di Kampung Patiambun Limbang dijangka mampu membawa perubahan positif kepada kampung berkenaan.

Usaha ini bukan saja memelihara dan memulihara hasil laut tetapi mampu mengubah imej kampung itu sebagai satu lagi lokasi pelancongan popular di daerah Limbang.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail memberitahu Kampung Patiambun yang popular antara pengeluar utama hasil laut boleh dibangunkan sumber ekonominya melalui sistem tagang yang terbukti berkesan dalam usaha meningkatkan pendapatan penduduk sekali gus menarik kehadiran pengunjung ke situ.

Beliau yang juga ADUN Bukit Kota memberitahu demikian ketika melawat Jeti Santaba Kampung Patiambun baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Walikota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Penolong Setiausaha Majlis Daerah Limbang Mohammad Syamil Jumain, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Komuniti MDL Kaunselor Frederick Lalung Ngilo dan Ketua Kampung Patiambun Ahmad Mail.

Seterusnya beliau memberitahu, Kampung Patiambun sememangnya berpotensi untuk dibangunkan dengan sistem tagang bagi ketam yang banyak dikawasan sekelilingnya.

Ini mampu menjamin produk hasil laut dapat dipelihara dan  dipulihara, selain menjadikan ketam atau kelip-kelip sebagai maskot utama tarikan pelancong ke kampung ini.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Hartalega akan bayar balik sehingga RM40 juta
Next: Pemain pelancongan desa digesa mohon PTF PENJANA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.