Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MALBATT 850-12 raikan Hari Malaysia di Lubnan
  • NASIONAL

MALBATT 850-12 raikan Hari Malaysia di Lubnan

Utusan Sarawak 8 hours ago

FOTO Batalion Malaysia (MALBATT).

KUALA LUMPUR: Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang sedang melaksanakan misi pengaman di Lubnan meraikan sambutan Hari Malaysia ke-62 dengan penganjuran ‘fun run’ atau larian ria sejauh 10 kilometer.

MALBATT 850-12 memaklumkan program itu diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan anggota walaupun berada jauh dari tanah air selain mengekalkan kecergasan warga pasukan.

“Pelepasan larian dilakukan Komander MALBATT 850-12 Kol Johan Effendi Mohd Shalleh, yang turut bersama pegawai serta anggota dalam acara itu. Penyertaan terdiri daripada pelbagai peringkat menunjukkan kekuatan dan semangat kebersamaan warga pasukan.

“Fun Run ini bukan sekadar aktiviti kecergasan, malah menjadi simbolik kecintaan warga MALBATT terhadap tanah air serta bukti kesungguhan untuk kekal berdisiplin dan bersemangat dalam melaksanakan misi keamanan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” menurut MALBATT 850-12 dalam kenyataan.

Pasukan MALBATT 850-12 dijadualkan pulang secara beransur menjelang November ini dan akan digantikan oleh pasukan MALBATT 850-13 termasuk satu platun daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Anwar ucap penghargaan sempena Hari ATM ke-92
Next: TYT Pulau Pinang Tun Ramli hadir meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2025 di Butterworth

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.