Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia ucap selamat pulang Fu Wa Feng Yi
  • SEMASA

Malaysia ucap selamat pulang Fu Wa Feng Yi

Utusan Sarawak 5 hours ago
KONVOI penghantaran pulang pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi bergerak dari Zoo Negara menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Foto BERNAMA

SEPANG: Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi, hari ini secara rasmi dihantar pulang ke China setelah berada di Malaysia sejak 21 Mei 2014 bagi memenuhi‬‭ terma‬‭ perjanjian‬‭ di‬‭ bawah‬‭ Projek‬‭ Kerjasama‬‭ Antarabangsa‬‭ Konservasi‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭.

Majlis bersejarah di Animal Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini diserikan dengan kehadiran Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Dr Ching Too a/l Kim dan‬‭ wakil‬ Duta Besar China ke Malaysia.

ORANG ramai hadir seawal 5 pagi tadi bagi melihat penghantaran pulang pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara hari ini. Foto BERNAMA

NRES menerusi kenyataan memaklumkan projek‬‭ kerjasama‬‭ itu‬‭ merupakan‬‭ simbol‬‭ persahabatan‬‭ erat‬‭ antara‬ Malaysia‬‭ dan‬‭ China‬‭ yang‬‭ menyokong‬‭ aspek‬‭ kemampanan‬‭ di‬‭ bawah‬ tonggak‬‭ Malaysia‬‭ MADANI.‬‭

“Malaysia‬‭ akan‬‭ terus‬‭ komited‬‭ bekerjasama‬‭ dengan‬‭ China‬‭ dalam‬‭ pemuliharaan‬‭ spesies‬‭ Giant‬‭ Panda‬ dan‬‭ kerjasama‬‭ ini‬‭ diharap‬‭ dapat‬‭ mengukuhkan‬‭ lagi‬‭ hubungan‬‭ kedua-dua negara dalam aspek diplomatik dan ekonomi,” menurut NRES.

Malaysia‬‭ juga mencatatkan pencapaian‬‭ luar‬‭ biasa‬‭ dalam‬‭ konservasi‬‭ ex-situ‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ dengan‬‭ kelahiran‬‭ tiga‬‭ anak‬‭ panda‬‭.

KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan pada 19 April lalu, memaklumkan penghantaran pulang pasangan panda itu susulan perjanjian yang membolehkan Malaysia menerima pasangan panda gergasi baharu bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini hingga 2035. Foto BERNAMA

Ketiga-tiga‬‭ anak‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ daripada‬‭ pasangan‬‭ tersebut‬‭ iaitu‬‭ Nuan‬ Nuan‬‭ telah‬‭ dihantar‬‭ pulang‬‭ ke‬‭ China‬‭ pada‬‭ 14‬‭ Nov‬‭ 2017‬‭, diikuti Yi‬‭ Yi‬‭ dan‬‭ Sheng‬‭ Yi‬‭ pada‬‭ 29‬‭ Ogos‬‭ 2023, selaras dengan terma perjanjian.

‭Menurut NRES, projek‬‭ Kerjasama‬‭ Antarabangsa‬‭ Konservasi‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ dengan‬‭ China diteruskan‬‭ melalui‬‭ pemeteraian‬‭ perjanjian‬‭ baharu‬‭ pada‬‭ 16‬‭ April‬‭ lepas bersempena‬ ‭ lawatan negara Presiden‬‭ China Xi Jinping‬‭ ke‬‭ Malaysia.‬

“Pemeteraian‬‭ perjanjian‬‭ baharu‬‭ ini‬‭ membolehkan‬‭ Malaysia‬‭ menerima‬ sepasang‬‭ panda‬‭ gergasi‬‭ baharu‬‭ untuk‬‭ tempoh‬‭ 10‬‭ tahun‬‭ dari‬‭ 2025‬ hingga‬‭ 2035, dan Malaysia‬‭ dijadual‬‭ menerima‬‭ kehadiran‬‭ sepasang‬‭ panda gergasi baharu tahun ini,” menurut NRES. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Saifuddin Nasution lancar tiga batalion baharu PGA Sabah, Sarawak
Next: Amaran ribut petir, angin kencang di lapan negeri petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.