Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia tolak keras salah guna sistem perdagangan antarabangsa – Tengku Zafrul
  • NASIONAL

Malaysia tolak keras salah guna sistem perdagangan antarabangsa – Tengku Zafrul

Utusan Sarawak 2 weeks ago
MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia menolak keras sebarang penyalahgunaan sistem perdagangan antarabangsa, termasuk pengeluaran Sijil Asal palsu atau mengelirukan yang bertujuan untuk mengelakkan tarif, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata MITI mengambil maklum laporan oleh beberapa media berhubung dakwaan bahawa pengeksport dari China cuba mengelak tarif Amerika Syarikat (AS) dengan ‘mencuci asal’ produk melalui negara ketiga seperti Malaysia.   

“Mulai esok, kita tidak akan benarkan lagi dewan-dewan perniagaan untuk mengeluarkan Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (NPCO) ini kerana memang banyak aduan daripada pihak industri yang mengatakan banyak barangan daripada negara lain datang ke negara kita. 

“NCPO yang selalu dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan tidak lagi akan dibenarkan dan permohonan NCPO yang melibatkan AS, akan dipusatkan di bawah MITI,” katanya. 

Tengku Zafrul berkata demikian ketika sesi penggulungan pada sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini. -Bernama 

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis popular
Next: Kemuncak hujan meteor Eta Aquarids dijangka berlaku pada tengah malam ini – MYSA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.