Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia tidak perlu rangsangan, walau krisis Asia Barat – Bank Dunia
  • BISNES

Malaysia tidak perlu rangsangan, walau krisis Asia Barat – Bank Dunia

Utusan Sarawak 8 hours ago
KETUA Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr. Apurva Sanghi. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak memerlukan rangsangan ekonomi walaupun berdepan krisis Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr. Apurva Sanghi.

Beliau berkata pemberian rangsangan pada ketika ini hanya akan menambah tekanan inflasi, memandangkan kadar inflasi di Malaysia kekal stabil dan terkawal.

“Setakat ini, rangsangan tidak diperlukan. Memberikan rangsangan sekarang hanya akan menambah dorongan inflasi.

“Rangsangan hanya diperlukan jika kebimbangan inflasi berkembang sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku semasa krisis COVID-19,” katanya pada sidang media hari ini mengenai Bahagian 1 Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) April 2026 bertajuk ‘Raising the Ceiling, Raising the Floor, Advancing Malaysia’s Jobs and Productivity Agenda’.

Sanghi berkata inflasi Malaysia kekal stabil dan terkawal, mencatat 1.6 peratus pada Januari 2026.

Beliau menjelaskan pencapaian ini hasil usaha Bank Negara Malaysia dalam pemantauan dan penilaian, pelaksanaan langkah dasar serta penyesuaian kadar dasar semalaman bagi mencerminkan keadaan domestik.

Sanghi menegaskan walaupun tekanan inflasi mungkin timbul, dasar dan langkah kerajaan membantu rakyat menghadapi situasi tersebut.

Menurut beliau, tekanan inflasi bukan sahaja berpunca daripada harga minyak secara langsung, tetapi juga barangan dan perkhidmatan lain yang digunakan.

“Terdapat cara untuk mengurus permintaan berkenaan, dan kerajaan telah mengumumkan beberapa dasar. Setakat ini, semua data dan bukti menunjukkan inflasi kekal stabil,” katanya.

Beliau berkata isyarat pasaran daripada hasil bon tiga tahun dan sepuluh tahun menunjukkan inflasi dijangka terkawal, menempatkan Malaysia dalam kedudukan kukuh walaupun berdepan ketidaktentuan global seperti konflik Asia Barat. – Bernama 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.