Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia tidak lantik guru bahasa Inggeris dari Singapura, ia program kesukarelawanan – PM Anwar
  • NASIONAL

Malaysia tidak lantik guru bahasa Inggeris dari Singapura, ia program kesukarelawanan – PM Anwar

Utusan Sarawak 11 months ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri-Menteri Kabinet dan para penjawat awam pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya Malaysia akan melantik guru bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini adalah tidak benar, sebaliknya ia perbincangan mengenai program berbentuk sukarelawan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perbincangannya dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong sebelum ini adalah kemungkinan diwujudkan program melibatkan skim bantuan atau sukarelawan untuk mengajar bahasa Inggeris. 

“Apa yang salah? Salahnya ialah kononnya kita sekarang akan melantik guru-guru bahasa Inggeris dari Singapura – itu salah.

“Yang saya bicarakan dengan PM Singapura ialah mengadakan skim bantuan atau melantik seorang sukarelawan yang dibayar oleh pemerintah Singapura untuk pergi ke kawasan terutama miskin bandar, desa dan pendalaman Sabah dan Sarawak untuk mengajar bahasa Inggeris,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di sini, hari ini.

Ada media sebelum ini melaporkan beberapa pendangan yang mengkritik cadangan membawa masuk guru bahasa Inggeris daripada Singapura selain turut mempersoal kenyataan kerajaan sebelum ini yang tegas ingin melaksanakan penjimatan.

Sementara itu Anwar berkata, beliau telah mengarahkan siasatan terperinci dilaksanakan berhubung kes serangan asid ke atas pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim.

“Sekarang riuh rendah kes penderaan pemain bola sepak, kes pembunuhan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin). Kita prihatin, saya kebetulan Perdana Menteri tetapi saya juga manusia. 

“Saya juga nak tahu mengapalah sampai jadi begini? Siapa yang sampai hati boleh dera dan bunuh dengan kejam seorang anak. Kalau saya, saya nak polis jawab esok, tetapi (segala) proses kena lalui (dahulu),” katanya.

Anwar berkata beliau memahami kegusaran masyarakat berhubung kedua-dua isu berkenaan dan mahukan kes berkenaan segera dinoktahkan.

Mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan pada 6 Disember lepas dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu dan semalam ibu bapa kanak-kanak itu didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabai kanak-kanak itu dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Faisal Halim pula dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peraturan baharu MM2H diluluskan, diumumkan dalam masa terdekat – Tiong
Next: Jenazah pendaki tiba di tanah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.