Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia tidak akan pertimbang sebarang permohonan pengampunan Jho Low – Anwar
  • NASIONAL

Malaysia tidak akan pertimbang sebarang permohonan pengampunan Jho Low – Anwar

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menjawab pertanyaan wartawan semasa hadir pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan ‘Menggerak Belia MADANI’ di X Park Sendayan hari ini. Turut sama Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari. Foto BERNAMA

SEREMBAN: Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata bagi kerajaan Malaysia isu itu tidak timbul kerana prosiding mahkamah melibatkan individu berkenaan masih berjalan.

“Tiada isu, kita tidak akan mempertimbangkannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026, di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan membantah secara rasmi sebarang tindakan oleh Amerika Syarikat (AS) berhubung perkara itu, Anwar berkata: “Bagi pihak kita, kita tidak akan mengambil pendekatan itu … namun sudah tentu apa jua keputusan AS ia urusan mereka sendiri.”

Perdana Menteri berkata beliau juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan yang dikemukakan oleh Jho Low.

“Kita telah menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya, ia tidak menjadi isu. Walaupun dia (Jho Low) ada kemuka permohonan (pengampunan), ia bukan perkara yang perlu kita bincangkan kerana  dia masih melalui proses perundangan di mahkamah,” kata beliau.

Dua hari lepas, media asing melaporkan Jho Low yang didakwa oleh AS sebagai dalang satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, dipercayai telah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Donald Trump beberapa minggu yang lepas. 

Menurut laporan itu, kelulusan permohonan berkenaan akan menyebabkan pertuduhan jenayah di AS terhadap Jho Low digugurkan.

Laporan itu turut menyatakan laman web Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan permohonan atas nama Taek Jho Low sebagai “pending” bagi “Pardon after Completion of Sentence”.

Ahli perniagaan itu didakwa pada 2018 kerana menyeleweng kira-kira USD4.5 bilion (RM17.7 bilion) daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun masih bebas dan diburu pihak berkuasa. – Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar umum peruntukan RM5 juta kepada MBM, perkasa pembangunan belia
Next: SPRM terus perkukuh kerjasama strategik dengan AGC – Abd Halim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.