Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia terima anugerah Pencapaian Terbaik misi pengaman PBB
  • SEMASA

Malaysia terima anugerah Pencapaian Terbaik misi pengaman PBB

Utusan Sarawak 21 hours ago
KETUA Staf Markas ATM Lt Jen Datuk Azhan Md Othman (kanan) mewakili Malaysia menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Penglibatan anggota pengaman wanita di Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. FOTO BERNAMA

BERLIN: Malaysia menerima anugerah Pencapaian Terbaik bagi Penglibatan Anggota Pengaman wanita dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersempena UN Peacekeeping Ministerial 2025 di Berlin, Jerman.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan yang dikongsi kepada Bernama memaklumkan bahawa anugerah tersebut diberikan berdasarkan penglibatan aktif anggota pengaman wanita Batalion Malaysia (MALBATT) dalam Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), yang memenuhi sasaran Strategi Kesamarataan Jantina dalam kalangan Anggota Beruniform (UGPS).

Menurut kenyataan itu, Malaysia merupakan antara negara yang komited menyokong agenda Women, Peace and Security (WPS).

Setakat ini, 10.5 peratus daripada keseluruhan anggota pengaman MALBATT di UNIFIL terdiri daripada wanita.

“Selain UNIFIL, ATM turut mengatur gerak anggota pengaman wanita sebagai pegawai pemerhati dan pegawai staf dalam misi MONUSCO (Misi Penstabilan PBB di Republik Demokratik Congo), MINURSO di Sahara Barat dan UNISFA di Abyei,” menurut kenyataan itu.

Markas ATM turut memaklumkan bahawa anugerah tersebut merupakan satu bentuk pengiktirafan antarabangsa terhadap sumbangan Malaysia dalam usaha memelihara keamanan sejagat.

Negara lain yang turut menerima anugerah itu ialah Fiji, Guatemala, Kenya, Malawi, Mongolia dan Tanzania.

Majlis penyampaian anugerah di Berlin itu turut dihadiri Ketua Staf Markas ATM Lt Jen Datuk Azhan Md Othman bersama Penasihat Pertahanan Perutusan Tetap Malaysia ke PBB di New York Kolonel Shamsuri Noordin.

Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mewakili Malaysia dalam mesyuarat UN Peacekeeping Ministerial 2025 menegaskan komitmen berterusan negara dalam menyokong agenda WPS sejajar dengan pelaksanaan UGPS.– Bernama

Continue Reading

Previous: Laluan ECRL ke Sungai Golok tingkat perdagangan Malaysia-Thailand
Next: TH perkenal platform googlewalk, bantu jemaah Haji navigasi laluan di tanah suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.