Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia tambah dua emas hari terakhir Kejohanan Boling Remaja Asia
  • SUKAN

Malaysia tambah dua emas hari terakhir Kejohanan Boling Remaja Asia

Utusan Sarawak 18 hours ago
TAHNIAH...Qurratu’ain Izdihar Pozi sekali lagi mencuri tumpuan apabila memenangi kategori masters, melengkapkan koleksi pingat emas dalam lima acara disertainya semasa Kejohanan Boling Remaja Asia 2025 di Doha, Qatar. Foto Bernama (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Malaysia menutup kempen Kejohanan Boling Remaja Asia 2025 di Doha, Qatar dengan tambahan dua pingat emas dan satu perak masing-masing menerusi acara masters lelaki dan wanita semalam.

Kejayaan itu menyaksikan skuad remaja membawa pulang keseluruhan tujuh emas, satu perak dan lima gangsa yang juga merupakan pencapaian terbaik negara sepanjang penyertaan di kejohanan itu.

Qurratu’ain Izdihar Pozi sekali lagi mencuri tumpuan apabila memenangi kategori masters, melengkapkan koleksi pingat emas dalam lima acara disertainya.

Atlet berusia 17 tahun itu menampilkan aksi cemerlang menewaskan rakan senegara Adelia Nur Syazalee 378-370 dalam aksi final.

Sementara itu, bagi kategori lelaki pula menyaksikan pemain negara Aqil Faizal meraih emas kedua peribadinya selepas menewaskan Nasser Alkandari dari Kuwait 461-404 dalam aksi final.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: AQIB X Kampung Boy FC sedia hadapi aksi pembuka Liga Sri Aman 2025
Next: Messi keluar akibat kecederaan pada minit ke-11 perlawanan Piala Liga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.