Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia semakin penting secara strategik kepada Itali – Duta
  • NASIONAL

Malaysia semakin penting secara strategik kepada Itali – Duta

Utusan Sarawak 14 hours ago
MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang (kanan) bersama Duta Besar Itali Raffaele Langella (tengah) ketika majlis sambutan Hari Kebangsaan Itali ke-80 hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan negara yang semakin penting secara strategik kepada Itali dan keutamaan itu jelas tercermin menerusi kekukuhan hubungan ekonomi dua hala antara kedua-dua negara, kata Duta Besar Itali ke Malaysia Raffaele Langella.

Beliau berkata syarikat Itali semakin yakin terhadap Malaysia, bukan sahaja sebagai pasaran tetapi juga sebagai rakan strategik dan hab serantau.

“Dalam beberapa minggu lagi, satu misi perniagaan yang diketuai Confindustria melibatkan lebih 50 syarikat Itali akan datang ke Malaysia untuk meneroka peluang baharu dan memperkukuh kerjasama,” katanya dalam ucapan pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Itali ke-80 di sini hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu.

Menurut Langella, perdagangan dua hala antara Itali dan Malaysia pada 2025 meningkat 6.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengesahkan perkembangan berterusan perkongsian ekonomi kedua-dua negara.

“Eksport Itali ke Malaysia kekal pada tahap tinggi secara konsisten, manakala import dari Malaysia meningkat 13.7 peratus, mencerminkan dinamisme dan saling melengkapi yang semakin kukuh antara ekonomi kedua-dua negara,” katanya.

Menurut duta itu, persahabatan antara Itali dan Malaysia dibina berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan pegangan bersama terhadap keterbukaan.

Beliau berkata ia merupakan persahabatan antara dua negara yang berjauhan dari segi geografi tetapi semakin rapat dari segi aspirasi, nilai dan visi.

Langella turut optimis hubungan antara Itali dan Malaysia akan terus berkembang, bukan sahaja sebagai perkongsian kepentingan tetapi juga persahabatan melibatkan rakyat, idea dan masa depan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Lebih 1,300 tapak sulaiman mahkota berduri dihapuskan di Semporna
Next: Agong berangkat ke istiadat mengarak panji-panji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.