Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Malaysia Prihatin’ tema Hari Kebangsaan tahun ini
  • TEMPATAN

‘Malaysia Prihatin’ tema Hari Kebangsaan tahun ini

Utusan Sarawak 5 years ago
LAW Kim Hin

KUCHING: Bulan Ogos setiap tahun merupakan bulan sambutan kemerdekaan atau Bulan Kebangsaan buat negara kita.

Tahun ini, tema ‘Malaysia Prihatin’ telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Seorang penjawat awam, Law Kim Hin, 53, mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat malaysia.

“Kemerdekaan alaf baharu, bukan sahaja negara kita bebas dari penjajahan tetapi lebih kepada pemikiran kita mestilah berubah seiring dengan era baharu iaitu era digital dan menerima perubahan yang berlaku .

“Pada tahun ini, menyambut kemerdekaan ucapan berdoa di rumah semoga negara kita semua kaum dapat hidup dengan harmoni, bersatu padu dan juga aman Makmur,” katanya.

Pada pandangan beliau, tema ‘Malaysia Prihatin’ memang tepat, sejak negara kita dilanda pandemik Covid-19, Kerajaan Perikatan Nasional banyak memberi bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Sementara itu, seorang penceramah Kristian, Semilan Unang, 56, berharap semua kita akan terus hidup saling memahami, bertoleransi dan kebebasan berugama harus dikekalkan .

“Hidup kita harus tetap bersabar dan berserah ke Tuhan kerana pandemik virus corona tiada bila ia akan berakhir sepenuhnya di dunia,” katanya.

Dia memberitahu, dia akan menghormati ugama lain dan mohon semua lapisan masyarakat diberi bebas memerdekakan kepercayaan kepada Tuhan menurut amalan masing-masing.

Ujarnya, tema ‘Malaysia Prihatin’ ini sesuai kerana ia memberi imej bahawa kerajaan memerintah sangat mengasihi rakyat.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Sarawak pertahan semangat persekutuan
Next: Hari Zong Yuan (Ghost Festival)

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.