Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia medan utama pelaburan huluan, nyahkarbon dan peralihan tenaga
  • BISNES

Malaysia medan utama pelaburan huluan, nyahkarbon dan peralihan tenaga

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR:  Malaysia dijangka kekal sebagai medan utama untuk pelaburan dalam sektor minyak dan gas, terutamanya dalam aktiviti huluan, nyahkarbon dan projek peralihan tenaga, kata BMI Country Risk and Industry Research (BMI).

Firma Fitch Solutions Group melalui satu kenyataan menjangkakan bahawa sektor huluan di Asia akan kekal teguh, memacu pertumbuhan perbelanjaan modal (Capex) untuk aktiviti penerokaan dan pengeluaran.

“Walaupun persekitaran harga minyak dan gas adalah lebih rendah, majoriti perbelanjaan modal akan terus memberi tumpuan kepada penerokaan dan pengeluaran huluan,” katanya.

Menurut BMI, Petronas Carigali Sdn Bhd dijangka akan mengekalkan perbelanjaan modal yang stabil iaitu lebih kurang RM50 bilion untuk 2025 berdasarkan keperluan pelaburan ke atas beberapa projek medan minyak pasca gerusi dan baharu sepanjang 2025 hingga 2027.

Dalam segmen huluan, Petronas merancang untuk meningkatkan penggerudian telaga, menaikkan jumlah telaga dari 56 pada 2024 kepada 73 telaga menjelang 2025. 

“Pada 2024, Petronas menandatangani 14 kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan syarikat-syarikat tempatan dan asing selain memegang kepentingan ekuiti dalam PSC tertentu,” katanya.

BMI berpendapat bahawa keperluan modal untuk projek luar negara dijangka bertambah sejak syarikat itu memperoleh blok minyak dan gas baharu untuk diterokai di Suriname pada 2024.

“Petronas telah memeterai perjanjian untuk aset huluan di Angola, Indonesia, Brazil, UAE dan Oman,” katanya.

Pada Ogos 2024, Petronas, Abu Dhabi National Oil Company dan Storegga yang berpangkalan di UK telah memeterai perjanjian kajian serta pembangunan bersama bagi meneroka pembinaan penangkapan dan penyimpanan karbon di Lembangan Penyu, Semenanjung Malaysia.

Perjanjian itu merangkumi  pelaburan untuk menyimpan lima juta tan karbon dioksida (CO2) setahun menjelang 2030 termasuk penghantaran dan logistik CO2.

“Dalam jangka panjang, Petronas perlu memperuntukkan perbelanjaan modal yang lebih tinggi untuk pembangunan projek gas asli cecair Masela di Indonesia, yang mana Petronas memegang kepentingan ekuiti sebanyak 15 peratus,” kata BMI.

— Bernama

Continue Reading

Previous: MIDF manfaatkan kewangan Islam pacu transformasi perindustrian negara
Next: PPES Ternak perkukuh kedudukan dalam industri daging halal serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.