Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia Masters: Letshanaa ke suku akhir, singkir pemain kesembilan dunia
  • SUKAN

Malaysia Masters: Letshanaa ke suku akhir, singkir pemain kesembilan dunia

Utusan Sarawak 2 hours ago
PERSEIRANGAN wanita negara K. Letshanaa meraikan kemenangan ketika menentang perseorangan wanita Jepun Tomoka Miyazaki pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini. Letshanaa menang 21-15, 21-17. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perseorangan wanita utama negara K Letshanaa mencipta kejutan apabila menewaskan pemain kesembilan dunia Tomoka Miyazaki dari Jepun, untuk mara ke suku akhir kejohanan badminton Malaysia Masters 2026 di Arena Unifi di sini hari ini.

Dengan sorakan padu penyokong tuan rumah, Letshanaa mempamerkan aksi antara terbaik dalam kerjayanya menundukkan Miyazaki 21-15, 21-17 dalam tempoh 45 minit perlawanan, sekali gus mencatat kemenangan pertama ke atas pemain kelompok 10 terbaik dunia.

Keputusan hari ini turut menyaksikan Letshanaa muncul pemain perseorangan wanita Malaysia pertama mara ke kelompok lapan terbaik sejak pemain profesional Goh Jin Wei melakukannya pada 2019.

Pemain berusia 23 tahun itu kini menjadi satu-satunya wakil negara yang masih meneruskan cabaran dalam acara perseorangan wanita selepas Goh Jin Wei tersingkir di pusingan kedua kepada pemain India Ashmita Chaliha 21-13, 21-16.

Letshanaa ketika ditemui berkata konsistensi serta keyakinan tinggi menjadi faktor utama kejayaannya menewaskan Miyazaki.

“Saya rasa dia (Miyazaki) berada di bawah tekanan hari ini, namun konsistensi dan keyakinan yang saya miliki membuatkan dia berasa lebih tertekan.

“Situasi itu menyukarkan permainannya, tetapi saya rasa dia tetap mempamerkan aksi terbaiknya,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Letshanaa yang akan berdepan seorang lagi wakil Jepun Hina Akechi esok bagi perebutan tempat ke separuh akhir berkata beliau mahu terus kekal tenang dan memberikan aksi terbaik di gelanggang.

“Seperti saya selalu katakan, saya akan memberikan yang terbaik dan berjuang habis-habisan. Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri bahawa saya mesti menang, tetapi selagi saya memberikan aksi terbaik di gelanggang, kita lihat sahaja keputusannya nanti,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pemain perseorangan perlu lihat pada diri masing-masing – Jonassen
Next: Malaysia Masters: Yu Fei teruskan perjuangan meskipun harungi jadual padat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.