Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia Masters: Juara dunia Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua
  • SUKAN

Malaysia Masters: Juara dunia Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua

Utusan Sarawak 1 hour ago
PEMAIN beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Malaysia Masters selepas menumpaskan gandingan dari Kanada Jonathan Lai-Crystal Lai, hari ini. Foto Badminton Association of Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Malaysia Masters selepas menumpaskan gandingan dari Kanada Jonathan Lai-Crystal Lai, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Unifi Arena, juara dunia itu tidak berdepan masalah untuk menumpaskan lawannya dengan kemenangan straight set 21-6, 21-15 dalam tempoh 24 minit.

“Saya rasa ia permulaan yang baik untuk hari ini, dan harap esok boleh buat lagi baik,” kata Tang Jie ketika ditemui selepas perlawanan.

Menanti Tang Jie-Ee Wei pada pusingan kedua esok ialah pasangan Indonesia Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah, yang menewaskan beregu India Rohan Kapoor-Gadde Ruthvika Shivani 21-16, 20-22, 21-10

-Bernama

Continue Reading

Previous: Soon Huat-Shevon tekad kembali ke RTG
Next: Aksi hambar perseorangan lelaki negara berterusan, Letshanaa dan Jin Wei menyerlah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.