Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia mampu raih emas acara regu di Sukan Sea Thailand
  • SUKAN

Malaysia mampu raih emas acara regu di Sukan Sea Thailand

Utusan Sarawak 21 hours ago
JUARA… Aksi pasukan kebangsaan meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Thailand, 15-12, 15-9 dalam pertandingan akhir acara Regu di antara pasukan Malaysia dan Thailand pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa hari ini. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada landasan terbaik untuk meraih pingat emas acara regu pada Sukan SEA 2025 di Thailand berlangsung Disember ini.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata keyakinan itu susulan kejayaan pasukan negara meraih pingat emas acara regu di kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 semalam.

“Sasaran kita sudah tentu begitu (pingat emas) sebab pasukan regu kita sudah menang beberapa kali dalam kejohanan disertai mereka sebelum ini.

“Bagaimanapun ia bukanlah satu tugas mudah sebab kena ingat kita bermain di luar dan di Thailand sudah tentu suasana berbeza. Jadi peluang untuk kita dapat emas itu 50-50,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Terdahulu, Malaysia mencipta sensasi menewaskan musuh tradisi Thailand 2-0 dalam perlawanan akhir acara regu berlangsung di Stadium Titiwangsa, semalam.

Trio negara dibarisi Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) tidak berdepan masalah menang 15-12, 15-9 untuk menyumbang kejuaraan kedua negara di kejohanan itu.

Sementara itu, Mohd Sumali mengakui gembira dengan pencapaian skuad negara yang meneruskan rentak cemerlang selepas memenangi acara regu pada Piala Dunia tahun lepas.

Beliau berharap momentum itu dapat diteruskan dalam acara berpasukan yang akan membuka tirai hari ini.

“Saya beritahu pemain supaya lupakan sekejap kejayaan mereka itu kerana kita ada misi lagi besar untuk memburu kejuaraan ketiga di Piala Asia. Saya harap pemain dapat fokus untuk mencapai misi tersebut,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia tundukkan Brunei 3-0
Next: Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir terbuka Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.