JAWAB SOALAN…Tan Sri Annuar Musa menjawab soalan daripada media.
KUALA LUMPUR: Satelit MEASAT-3d penting kepada negara dalam mencapai liputan Internet 100 peratus sebelum 2025 dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata perkhidmatan satelit itu yang dilancarkan hari ini boleh digunakan dalam masa beberapa bulan lagi.
“Jadi pelancaran (satelit MEASAT-3d) hari ini ada dua aspek yang penting, yang pertama memungkinkan kita mencapai
liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpenduduk sebelum 2025.
“Keduanya, kita boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar, meningkatkan perkhidmatan kelajuan tinggi
sepertimana yang kita gunakan rangkaian gentian optik yang sedang kita laksanakan di kawasan-kawasan yang
maju,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksikan siaran langsung pelancaran MEASAT-3d di Pusat Dagangan
Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.
Malaysia melalui MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) melancarkan Satelit MEASAT-3d di Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu Malaysia (6.50 petang waktu tempatan, 22 Jun).
Satelit kelapan yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambungan digital dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Annuar berkata pelancaran itu merupakan satu perkembangan bersejarah dan sangat penting kepada usaha kerajaan
menjayakan sepenuhnya dan melengkapkan pelaksanaan program JENDELA dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital
Malaysia (MyDIGITAL).
Beliau berkata negara mempunyai jangkaan liputan Internet sehingga 97 peratus di bawah program JENDELA 1 yang menghubungkan kawasan berpenduduk dengan menggunakan kaedah jaringan gentian optik manakala baki tiga peratus merupakan kawasan pedalaman.
“Kawasan-kawasan ini (pedalaman) sudah tentu perlu menggunakan teknologi satelit. Lagipun sekarang memang kita telah pun menggunakan teknologi satelit tetapi lazimnya sekarang ini yang sedia ada memberikan perkhidmatan
jalur lebar kapasiti yang rendah,kelajuan yang rendah.
“Kebanyakan semuanya kurang daripada 10 Mbps (mega bit per saat), tetapi MEASAT-3d berkeupayaan memberikan perkhidmatan jalur lebar di kawasan yang saya maksudkan tadi antara 35 Mbps hingga 100 Mbps.
“Sekarang mereka guna asas (kelajuan Internet) sahaja mungkin sedikit untuk data seperti gambar dan sebagainya,
tetapi kalau nak buat untuk kegunaan yang lebih banyak penggunaan datanya,teknologi satelit yang ada sekarang
tak cukup,” katanya.
Annuar berkata, perkhidmatan satelit MEASAT-3d itu akan dapat dinikmati rakyat Malaysia selepas tempoh percubaan
selesai kira-kira sebulan dari sekarang.
Menurutnya capaian Internet kawasan pedalaman sudah ada dalam rangka tindakan MyDIGITAL, selain pihaknya telah menyiapkan pelan untuk memastikan liputan Internet mencapai sehingga 100 peratus dan kelajuan keseluruhan
sekurang-kurangnya 35 Mbps menjelang 2025.
“Matlamat yang ada dalam rangka tindakan itu akan tercapai sepenuhnya dengan adanya MEASAT-3d yang dilancarkan hari ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek mengucapkan tahniah kepada MEASAT di atas pelancaran satelit MAESAT-3d itu.
Beliau berkata pelancaran itu akan membolehkan rakyat Malaysia menikmati ketersambungan yang lebih baik terutama di kawasan pedalaman.
“Kawasan-kawasan ini (pedalaman) sudah tentu perlu menggunakan teknologi satelit. Lagipun sekarang memang
kita telahpun menggunakan teknologi satelit tetapi lazimnya sekarang ini yang sedia ada memberikan perkhidmatan jalur lebar kapasiti yang rendah,kelajuan yang rendah.
“Kebanyakan semuanya kurang daripada 10 Mbps (mega bit per saat), tetapi Measat-3d berkeupayaan memberikan
perkhidmatan jalur lebar di kawasan yang saya maksudkan tadi antara 35 Mbps hingga 100 Mbps. – Bernama