Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia lonjak 15 anak tangga dalam LPI Bank Dunia 2023
  • BISNES

Malaysia lonjak 15 anak tangga dalam LPI Bank Dunia 2023

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Malaysia melonjak 15 anak tangga dalam Indeks Prestasi Logistik (LPI) Bank Dunia 2023 untuk berada dikedudukan ke-26, menjadi negara kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, ia merupakan lonjakan ketara dari kedudukan ke-41 pada 2018 dan ke-32 pada 2016, dan kedudukan terbaik yang dicapai Malaysia ialah di tangga ke-25 dalam laporan LPI Bank Dunia 2014.

Laporan LPI edisi ketujuh ‘Connecting to Compete’ dikeluarkan selepas tiga tahun gangguan rantaian bekalan semasa pandemik Covid-19 dan ia merangkumi pandangan terkini mengenai prestasi logistik perdagangan di 139 negara.

Abdul Latif berkata, laporan LPI adalah penanda aras untuk membantu negara mengenal pasti apa yang boleh dilakukan untuk penambahbaikan dalam logistik perdagangan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing. – Bernama

Continue Reading

Previous: Anugerah PropertyGuru Asia buka pencalonan kepada pemaju
Next: Capital A peroleh pelaburan lebih RM4 juta untuk penyelenggaraan hangar canggih  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.