Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia komited beli 30 lagi pesawat Boeing bernilai AS$9.5 bilion dalam fasa kedua
  • BISNES

Malaysia komited beli 30 lagi pesawat Boeing bernilai AS$9.5 bilion dalam fasa kedua

Utusan Sarawak 16 hours ago
MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bercakap pada sidang akhbar berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) di Menara MITI hari ini. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk membeli tambahan 30 pesawat baharu Boeing dalam fasa kedua, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pembelian pesawat tambahan itu adalah sebahagian daripada rundingan timbal balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

“Dalam menangani defisit perdagangan dengan AS, kerajaan akan membuat perolehan utama termasuk pembelian pesawat Boeing.

“Malaysia Aviation Group (MAG) komited untuk membeli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 bilion dalam fasa pertama dan tambahan 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 bilion pada fasa kedua,” katanya pada sidang media khas berhubung pengumuman tarif oleh AS.

Terdahulu, AS mengumumkan pengurangan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus sebelum ini. 

Sebelum ini, Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan pembelian pesawat Boeing baharu bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri penerbangan global.

MAG telah mengumumkan pemerolehan 30 pesawat baharu secara terus daripada Boeing sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan pesawatnya.

Pesanan itu termasuk 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 yang dikuasakan oleh enjin CFM LEAP-1B dengan pilihan untuk 30 lagi pesawat 737.

Tempahan untuk ratusan jet Boeing telah diumumkan menerusi perjanjian dengan Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Kemboja, Bangladesh dan negara lain sebagai sebahagian daripada rundingan untuk mengurangkan tarif AS. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit susut, dolar mengukuh didorong pengumuman tarif baharu AS
Next: Bursa Malaysia diunjur diniagakan tinggi minggu depan susulan tarif AS turun, perbahasan RMK13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.