Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia-Indonesia tingkat kerjasama sektor perdagangan, pelaburan, halal
  • BISNES

Malaysia-Indonesia tingkat kerjasama sektor perdagangan, pelaburan, halal

Utusan Sarawak 2 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian mengenai kerjasama promosi pelaburan antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan Menteri Pelaburan Indonesia, Bahlil Lahadalia di Seri Perdana hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia hari ini meningkatkan lagi kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan dan halal berikutan pemeteraian perjanjian sempena lawatan Presiden Indonesia Joko Widodo dan delegasinya ke Malaysia. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan rakan sejawatannya, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan, mewakili Malaysia dan Indonesia, memeterai perjanjian perdagangan sempadan dan memorandum persefahaman mengenai kerjasama menggalakkan pelaburan semasa majlis menandatangani instrumen dua hala di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini. 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal Indonesia Muhammad Aqil Irham menandatangani kerjasama secara bersama dalam pengiktirafan pensijilan halal untuk produk halal.

Malaysia turut memeterai perjanjian rentas sempadan yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Dalam Negeri Indonesia Tito Karnavian. 

Joko Widodo dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mulai Rabu, untuk mengukuhkan lagi hubungan yang telah lama terjalin dan rapat antara kedua-dua negara itu.

Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dan kedua terbesar dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN pada 2022 dengan jumlah perdagangan sebanyak RM130.14 bilion (AS$29.55 billion). 

Ini merupakan peningkatan sebanyak 36.5 peratus daripada RM95.31 bilion (US$22.98 bilion) pada 2021. – Bernama

Continue Reading

Previous: IATA gesa syarikat penerbangan Asia Pasifik bersedia beralih kepada SAF
Next: Pendapatan pelaburan suku pertama KWSP naik kepada RM15.16 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.