Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia hasrat teraju penyelidikan, inovasi virologi global
  • NASIONAL

Malaysia hasrat teraju penyelidikan, inovasi virologi global

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang ketika sidang media pada majlis perasmian World Society For Virology 3rd International Conference, hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengorak langkah untuk memantapkan kedudukannya sebagai pemain global dalam penyeldikan dan inovasi virologi selaras dengan aspirasi untuk muncul sebuah negara berteknologi tinggi dan berdikari menjelang 2030.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata Malaysia komited untuk membina daya tahan berasaskan sains dan keselamatan kesihatan awam. 

“Ini bermakna kita bukan sekadar pengguna malah berperanan sebagai inovator dan pencipta, termasuk dalam bidang bioteknologi,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian persidangan antarabangsa ketiga World Society for Virology 2025 (WSV2025) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden WSV Dr Maria Soderlund-Venermo.

Chang berkata aspirasi Malaysia untuk mncapai status negara berteknologi dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 tidak akan dapat tercapai tanpa asas yang kukuh dalam bidang sains, teknologi dan siap siaga kesihatan awam. 

“Menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij ini membuktikan kemampuan saintifik negara yang semakin berkembang serta dedikasi terhadap keselamatan kesihatan global. Ia membuka ruang untuk kerjasama antarabangsa, menarik kehadiran pakar bioteknologi terkemuka, dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab inovasi serantau,” katanya.

Selaras dengan nilai-nilai Kerajaan MADANI, Chang berkata sains akhirnya perlu berbakti kepada kemanusiaan, berlandaskan perkongsian ilmu, kerjasama yang beretika dan tanggungjawab bersama.

“Kami amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada persidangan yang menghimpunkan pakar virologi global dan pemikir yang telah mendedikasikan kehidupan mereka untuk memperluas pemahaman kita terhadap virus serta implikasinya terhadap kesihatan manusia, pertanian, biodiversiti, dan ekosistem yang menjadi tonggak kelestarian kehidupan di bumi,” katanya.

Mengimbau kembali pengalaman pandemik COVID-19 dan ancaman peningkatan penyakit zoonotik, Chang menyeru supaya lebih banyak pelaburan disalurkan kepada pembangunan sistem amaran awal, diagnostik, terapi dan vaksin – bukan sekadar respons terhadap krisis malah untuk bertindak lebih awal. 

Beliau turut menekankan kepentingan peranan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), di bawah Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM), sebagai peneraju utama dalam landskap bioteknologi negara. 

MGVI memimpin usaha dalam pembangunan vaksin yang diperakui halal, teknologi mRNA, penyelidikan antivirus serta memperkukuh kerjasama penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Persidangan tiga hari itu bertemakan “The Virosphere of Our Cellular World” yang menghimpunkan lebih 300 peserta dari lebih 25 negara.

Selain itu, persidangan berkenaan mengetengahkan lebih 150 pembentangan saintifik yang merangkumi topik seperti imunologi, penyakit zoonotik, diagnostik, inovasi vaksin, dan pemantauan genomik.

Acara berkenaan anjuran bersama WSV dan NIBM serta penglibatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Universiti Malaya, Monash University Malaysia dan Pusat Antarabangsa Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi (ICGEB).

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Landasan LTSAH dibuka semula 8.00 malam tadi
Next: Visi Bandar CHASE akan dibawa ke pentas dunia – Dr Zaliha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.