Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia gesa kewaspadaan, tangguh perjalanan tidak penting ke Asia Barat
  • NASIONAL

Malaysia gesa kewaspadaan, tangguh perjalanan tidak penting ke Asia Barat

Utusan Sarawak 8 hours ago
MALAYSIA gesa kewaspadaan, tangguh perjalanan tidak penting ke Asia Barat. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa rakyatnya mengekalkan tahap kewaspadaan dan menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang dilanda konflik di Asia Barat ketika Kementerian Luar memantau rapi situasi keselamatan yang semakin meruncing di rantau itu.

Ia turut menggesa rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air digesa untuk mendapatkan tiket penerbangan komersial dengan kadar segera sementara pilihan ini masih tersedia, memandangkan penutupan ruang udara yang tidak dapat diramalkan.

Memandangkan konflik masih berterusan dan landskap keselamatan terus merosot, didorong oleh retorik yang semakin meningkat serta risiko serangan balas yang semakin hampir, kementerian itu menyatakan fokusnya kekal terhadap keselamatan, perlindungan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap atau dalam perjalanan melalui kawasan terjejas.

“Pada masa ini, kementerian mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia berdaftar yang dihubungi kekal selamat, dan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkandas,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar menyatakan bahawa Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan pada 5 Mac, yang menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke negara yang terkesan dengan konflik, kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

Ia menyatakan bahawa perwakilan diplomatik Malaysia turut melaporkan bahawa ruang udara di beberapa negara, termasuk Bahrain, Iran, Iraq, Kuwait dan Yaman, kekal ditutup kepada penerbangan komersial.

Bagaimanapun, operasi penerbangan komersial yang terhad telah disambung semula di Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Lubnan, Qatar, dan Syria. Ruang udara di Arab Saudi, Oman, dan Turkiye kekal dibuka dan beroperasi sepenuhnya, tambahnya.

“Rakyat Malaysia yang memilih untuk kekal di rantau tersebut mesti mengekalkan tahap kewaspadaan tertinggi.

“Situasi keselamatan adalah sangat tidak menentu dan boleh meruncing pada bila-bila masa dengan amaran yang singkat atau tanpa sebarang amaran. Warganegara Malaysia yang memilih untuk terus berada di rantau berkenaan wajar patuhi sepenuhnya arahan keselamatan serta sekatan pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negara tuan rumah,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, ia akan terus memantau situasi itu secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini mengikut keperluan.

Bagi bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Bahagian Konsular Kementerian Luar di talian +603-8887 4597 / +603-8887 4769 / +603-8887 4264 (waktu pejabat) atau melalui e-mel di bkrm@kln.gov.my.

Bagi kecemasan di luar waktu pejabat, mereka boleh menghubungi talian panas di +603-8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia zahir penghargaan Iran benarkan kapal negara lalui Selat Hormuz – PM
Next: Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.