Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia catat pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion pada suku pertama 2025
  • BISNES

Malaysia catat pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion pada suku pertama 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
Foto MIDA

KUALA LUMPUR:  Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion bagi suku pertama 2025, peningkatan 3.7 peratus tahun ke tahun meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata pelaburan ini merangkumi 1, 556 projek dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama yang dijangka menjana lebih 33,300 pekerjaan baharu untuk rakyat negara ini.

 “Jumlah pelaburan ini mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur terhadap dasar yang jelas serta asas jangka panjang negara, bertentangan dengan aliran pelaburan global yang lebih berhati-hati akibat ketidaktentuan geopolitik dan makroekonomi serta persaingan global yang semakin sengit untuk mendapatkan pelaburan baharu.

“Pelaburan asing mendominasi landskap pelaburan, dengan sumbangan RM60.4 bilion atau 67.3 peratus daripada jumlah pelaburan, manakala pelaburan tempatan kira-kira RM29.4 bilion atau 32.7 peratus,” katanya.

Selain peluang pekerjaan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata peningkatan indeks Pengurusan, Teknikal dan Penyeliaan (MTS) kepada 46.3 peratus daripada 44.2 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas mencerminkan kejayaan negara ini dalam mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan gaji yang lebih baik.

“Dengan usaha memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN, satu keutamaan semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN, kita turut berazam untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan dan perkhidmatan utama bagi rantau yang pesat membangun ini yang berpopulasi 680 juta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Sikh Abdul Majid berkata projek yang berjaya diraih MIDA bagi suku pertama 2025 menyokong usaha nasional membina ekonomi yang lebih meluas dan berdaya tahan.

“Untuk terus menjadi destinasi pilihan syarikat berprestasi tinggi, kami akan memperkukuh ekosistem tempatan sebagai pemudah cara dan melengkapkan tenaga kerja negara bagi merebut peluang pekerjaan dan kepimpinan baharu.

“Dengan memastikan Malaysia kekal relevan dalam rantaian nilai global, kita boleh menarik dan mengekalkan pelaburan yang memberi manfaat jangka panjang kepada ekonomi, syarikat tempatan dan rakyat,” katanya.

Sehingga 10 Jun, 2025, MIDA sedang giat menguruskan projek dalam cadangan yang bernilai RM48.5 bilion.

“Sektor perkhidmatan memacu momentum ini dengan 683 projek bernilai RM27.6 bilion, manakala sektor pembuatan menyumbang RM20.9 bilion menerusi 89 projek.

“Sebagai pelengkap kepada projek dalam cadangan itu, terdapat tambahan RM59.3 bilion dalam potensi pelaburan bernilai tinggi yang sedang dalam rundingan. Angka ini bukan sahaja mencerminkan minat pelaburan yang kukuh, malah keyakinan yang semakin meningkat terhadap asas ekonomi dan hala tuju dasar Malaysia,” katanya. — Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka kukuh dipacu sokongan belian saham wajaran tinggi
Next: Harga RON97, RON95, diesel kekal bagi tempoh 12 hingga 18 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.