Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia cadang kerjasama dengan Amerika dalam penyelidikan jagung manis, kacang soya
  • NASIONAL

Malaysia cadang kerjasama dengan Amerika dalam penyelidikan jagung manis, kacang soya

Utusan Sarawak 5 hours ago
KERAJAAN melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) merancang kerjasama penyelidikan dengan Amerika Syarikat bagi meningkatkan pengeluaran jagung manis dan kacang soya. Foto hiasan (Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bercadang untuk menumpukan pelaksanaan kerjasama dengan Amerika Syarikat dalam penyelidikan jagung manis dan kacang soya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata, ini kerana Amerika Syarikat merupakan pengeluar utama bagi kedua-dua tanaman itu.

“Dengan kelebihan Amerika Syarikat ini, kita melalui pertukaran germplasm, teknologi pembiakan baka moden serta mekanisasi pengeluaran benih bagi mengurangkan kebergantungan import makanan ternakan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Musoddak Ahmad berhubung manfaat yang dijangka diperoleh negeri pertanian khususnya Kedah dalam tanaman sawah padi menerusi kerjasama Malaysia dengan Amerika Syarikat dalam bidang teknologi pertanian.

Bagaimanapun, Chan memaklumkan bahawa Amerika Syarikat bukan pengeluar padi sawah yang utama dan kerjasama tidak melibatkan pesawah padi.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Musoddak mengenai status dan mekanisme kerjasama Malaysia dan Amerika Syarikat dalam teknologi pertanian, beliau berkata kerjasama pada masa ini adalah terhad dan tertumpu kepada kerjasama antara MARDI iaitu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Beliau berkata, ia melibatkan kerjasama dua hala dengan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) yang meliputi aspek teknologi, penyelidikan dan inovasi pertanian.

“Kerjasama ini dilaksanakan melalui program pembangunan kapasiti tajaan USDA seperti Program Borlaug Fellowship dan Program Pertukaran Saintifik USDA FAS pada 2024 melibatkan penempatan pegawai penyelidik MARDI di institusi akademik di Amerika Syarikat bagi tujuan pemindahan teknologi, peningkatan kompetensi saintifik dan pengukuhan jaringan penyelidikan antarabangsa,” katanya.

Chan berkata, kerjasama turut dilaksanakan melalui platform pelbagai hala seperti Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) khususnya di bawah High Level Policy Dialogue on Agricultural Biotechnology (HLPDAB), dengan MARDI bertindak sebagai penganjur bersama dengan USDA bagi penganjuran bengkel bioteknologi pertanian pada 2020.

Selain itu, beliau berkata MARDI turut terlibat dengan penganjuran dua projek pada 2023 yang memberi tumpuan kepada kerjasama regulatori, inovasi, mitigasi perubahan iklim dan perdagangan produk bioteknologi pertanian. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Permohonan turunkan kandungan memudaratkan dalam talian meningkat – Teo
Next: Dr. Tunza Mohd Riduan kini Fellow MIM, sumbang kepimpinan dan pembangunan bakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.