Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia, Brunei perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan dadah
  • NASIONAL

Malaysia, Brunei perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 9 hours ago
MALAYSIA, Brunei perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan dadah. Kredit AADK

GEORGE TOWN: Malaysia dan Brunei terus memperkukuh kerjasama serantau dalam aspek pencegahan, rawatan, pemulihan serta penguatkuasaan bagi membanteras penyalahgunaan dadah.

Komitmen itu dicapai menerusi Mesyuarat Dua Hala Tahunan antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) Brunei Darussalam yang berlangsung di sini, hari ini.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, mesyuarat berkenaan bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua agensi khususnya bagi perkongsian amalan terbaik, pengalaman dan pendekatan inovatif dalam menangani ancaman penyalahgunaan dadah serta bahan yang semakin kompleks.

“AADK sentiasa komited untuk memperluas kerjasama serantau dalam pelbagai aspek, merangkumi pertukaran maklumat, pengetahuan dan kepakaran, terutamanya mengurangkan permintaan dadah dan bahan.

“Sehubungan itu, AADK menzahirkan keyakinan bahawa melalui semangat kerjasama erat ini, kedua-dua pihak mampu mencapai matlamat yang lebih berkesan dan signifikan dalam menangani cabaran penyalahgunaan dadah dan bahan di peringkat serantau,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Delegasi BKN Brunei Darussalam diketuai oleh Pengarahnya Datuk Mohd Zalani Ismail bersama tujuh pegawai kanan manakala delegasi AADK diketuai oleh Ruslin.

Susulan mesyuarat tersebut, Ruslin berkata, AADK turut menyatakan kesediaan untuk terus berkongsi kepakaran dengan pegawai-pegawai BKN Brunei Darussalam khususnya melibatkan aspek pembangunan kapasiti sumber manusia.

Selain itu, katanya AADK juga menawarkan peluang latihan dalam pelaksanaan program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang memberi penekanan kepada pencegahan awal, intervensi serta sokongan berterusan di persekitaran tempat kerja.

Dalam rangka lawatan tersebut, delegasi BKN Brunei Darussalam turut dibawa meninjau pengoperasian program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) yang dilaksanakan oleh AADK di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini.

“Lawatan kerja ini secara tidak langsung memberi pendedahan meluas mengenai variasi program rawatan dan pemulihan di Malaysia, sekali gus menterjemahkan komitmen padu kedua-dua negara dalam membanteras isu penyalahgunaan dadah dan bahan demi kesejahteraan serantau,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia terima kehadiran 3.4 juta pelawat Singapura pada Januari-Febuari 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.