Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia berkedudukan baik untuk bangun ruang pasaran kewangan Islam – Affin Bank
  • BISNES

Malaysia berkedudukan baik untuk bangun ruang pasaran kewangan Islam – Affin Bank

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk membangunkan ruang pasaran kewangan Islam dan menjadi hab bagi penyatuan mudah tunai, disokong oleh peningkatan permintaan dalam pembiayaan selamat Islam, kata Pengarah Eksekutif Perbendaharaan Kumpulan Affin Bank, Hanif Ghulam.

Beliau berkata pembiayaan selamat Islam, khususnya program Pelaburan Jaminan Gadai Janji (MGII), telah mencapai RM42 bilion pada 2024.

“Pasaran kewangan Islam telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya dengan inisiatif bank pusat untuk memastikan kestabilan pasaran. Kita telah membina kedalaman mudah tunai dalam ruang kewangan Islam Malaysia.

“Jadi, kita berada di kedudukan yang baik bukan sahaja untuk bertindak balas terhadap potensi senario penyusutan tetapi juga dalam merebut peluang di pasaran. Kita juga mempunyai produk yang pelbagai serta luas bagi menampung sebarang risiko dalam mata wang dan juga komoditi,” katanya kepada Bernama semasa Simposium Sasana 2025 hari ini.

Hanif juga menyerlahkan potensi Malaysia dalam menarik pelaburan melalui projek-projek yang berkaitan dengan lestari dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus seperti solar serta hidroelektrik.

Bagi menarik lebih banyak aliran masuk asing ke pasaran modal Islam, beliau menegaskan bertapa pentingnya penyeragaman dokumentasi serta usaha meningkatkan kerangka undang-undang, selain memudahkan kemasukan dan keluar untuk pelabur, selaras dengan keperluan profil peluang pelaburan.

“Jika infrastruktur kita dapat dirancang dengan baik, maju dari segi dokumentasi dan akses, kita dapat mengembangkan pasaran ini dengan dua kali atau tiga kali ganda,” kata Hanif, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pasaran Kewangan Islam (IFMC) – Bernama 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Petronas memeterai kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok 66 Suriname
Next: Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tujuh sen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.