Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Malaysia berjaya dapatkan semula RM31.3 bilion dana 1MDB yang diseleweng – KP SPRM
  • MAHKAMAH

Malaysia berjaya dapatkan semula RM31.3 bilion dana 1MDB yang diseleweng – KP SPRM

Utusan Sarawak 6 hours ago

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion atau 74.5 peratus daripada RM42 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng setakat tahun lepas, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata kejayaan itu sekali gus menjadi antara rekod kadar pemulihan aset tertinggi di dunia bagi skandal jenayah kewangan berskala besar.

Jumlah yang berjaya diperoleh semula itu juga melepasi anggaran awal sebanyak 70 peratus atau RM30 bilion yang dinyatakan dalam beberapa laporan sebelum ini.

Pencapaian itu mencerminkan komitmen teguh kerajaan dalam mendapatkan semula aset negara yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, serta selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  untuk memastikan setiap aset yang hilang dikesan dan dikembalikan kepada negara.

“Setakat ini, berdasarkan data yang ada, jumlah keseluruhan dana 1MDB yang diseleweng ialah RM42 bilion.

Azam berkata dana berkenaan kini tertakluk kepada prosiding penyitaan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, dan usaha pemulihan terus dipergiat melalui saluran perundangan serta kerjasama dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Switzerland.

Beliau berkata kejayaan mendapatkan semula karya seni berkenaan merupakan sebahagian daripada pencapaian lebih besar Malaysia dalam usaha pemulihan aset 1MDB.

SPRM sebelum ini, katanya, berjaya membawa pulang empat karya seni antarabangsa yang dibeli menggunakan dana 1MDB menerusi rumah lelong Sotheby’s di New York pada 14 April lepas.

“Semua karya seni ini dikesan melalui transaksi di rumah lelong bertaraf dunia seperti Christie’s dan Sotheby’s di New York, dan berjaya diperoleh semula melalui proses perundangan serta kerjasama strategik antarabangsa membabitkan agensi seperti Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS$OJ).

“Karya-karya ini tidak dirampas secara fizikal, sebaliknya diserahkan melalui proses sah di sisi undang-undang termasuk pelaksanaan Surat Kuasa Wakil (POA) olehAS$OJ kepada SPRM menerusi Jabatan Peguam Negara.

“Ini membuktikan bahawa pendekatan pemulihan aset dibuat berdasarkan proses perundangan dan diplomatik yang teliti,” katanya.

Azam berkata empat karya seni yang telah dibawa pulang dengan nilai dianggarkan AS$198,125 (RM786,556) akan diserahkan kepada Balai Seni Negara dalam masa terdekat.

Empat karya seni itu ialah karya oleh Joan Miró bertajuk “Composition” (1953) dengan nilai pembelian AS$D93,750 dan karya Maurice Utrillo bertajuk “Maison de rendez-vous, rue Saint-Rustique, Montmartre” (1934) bernilai AS$50,000.

Karya lain termasuklah hasil seni Balthus bertajuk “Étude pour femme couchée” (1948) bernilai AS$28,125 dan karya Pablo Picasso bertajuk “L’Ecuyère et les clowns” (1961) dengan nilai AS$26,250. 

Azam berkata semua lukisan berkenaan melalui proses pengangkutan yang ketat dan teratur bermula di New York pada 8 April sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10 April lepas.

“Karya itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di bawah kawalan keselamatan tinggi melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Balai Seni Negara dan petugas logistik,” katanya.

Mengulas sama ada karya seni berkenaan akan dijual, Azam berkata perkara itu akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF).- Bernama

Continue Reading

Previous: Cederakan bekas isteri: Rosmaini dihukum penjara maksimum 14 tahun
Next: Remaja mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang basikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.