Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia-Bangladesh teroka kerjasama pendidikan tinggi, mobiliti tenaga kerja
  • NASIONAL

Malaysia-Bangladesh teroka kerjasama pendidikan tinggi, mobiliti tenaga kerja

Utusan Sarawak 9 hours ago
MALAYSIA-Bangladesh teroka kerjasama pendidikan tinggi, mobiliti tenaga kerja. Kredit FB Zambry Abd Kadir.

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Bangladesh akan meneroka potensi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, pembangunan bakat serta mobiliti tenaga kerja berkemahiran. 

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perbincangan mengenai perkara itu diadakan bersempena dengan kunjungan hormat Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Ariful Haque Choudhury bersama-sama Penasihat Perdana Menteri Bangladesh Mahdi Amin ke Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya hari ini. 

“Insya-Allah, hubungan dua hala ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama selaras dengan usaha memperkasa ekosistem pendidikan tinggi negara ke arah yang lebih berdaya saing dan inklusif,” katanya menerusi hantaran di Facebook susulan pertemuan beliau dengan kedua-dua pemimpin Bangladesh itu.

Hantaran itu turut disertai beberapa keping gambar yang memaparkan Zambry menyantuni Ariful dan Mahdi di bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Subsidi bersasar sebagai penampan, lindungi rakyat daripada tempias krisis tenaga global – Amir Hamzah
Next: Malaysia terima 113 radio HF XL mulai 2028, pelanggan eksport pertama Thales

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.